Influencer dan model jelita, Dahlia Rizal mencuri tumpuan ramai selepas akhirnya mendirikan rumah tangga dengan rakan baiknya yang merupakan seorang pelakon, Imran Aqil.
Difahamkan pasangan ini membuat pembahagian kerja rumah, jika Dahlia memasak suami akan basuhkan pinggan. Jika Imran basuh baju, Dahlia pula akan ambil tugas melipat kain.
Tetapi pada hari itu, Imran betul-betul terlupa dan Dahlia terpaksa ‘protes’ nak beri pengajaran supaya Imran tak ulang lagi perkara sama.
Saya ingatkan dia tidak akan pujuk, tapi dia datang dan dukung saya.
Ala comelnya pasangan pengantin baru ni, korang pula apa pengalaman lucu selepas kahwin dulu? Cer share sikit!