Connect with us

Oh! Media

Curi Hasil Seni Tanpa Minta Izin, Amy Search Tak Halal Dunia Dan Akhirat

Oh! Artis

Curi Hasil Seni Tanpa Minta Izin, Amy Search Tak Halal Dunia Dan Akhirat

Penyanyi rock terkenal, Amy Search menerusi hantaran di Facebook tidak akan reda dengan sesiapa yang mencuri hasil seni suara atau hasil kerjanya tanpa meminta izin.

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Didik Amy Search, Sarah Fazny Meniaga Soto Sepanjang PKP Terima Tempahan Memberansangkan!

Malah, penyanyi terkenal ini tidak akan menghalalkan perbuatan itu di dunia dan di akhirat. Dalam hantaran itu, Amy Search turut menyertakan petikan tafsir surah An Nisa’ ayat 29-31 mengenai larangan mengambil hak orang secara batil.

amy search

Dalam masa yang sama, bapa kepada Nabila Huda ini turut memberi enam tafsir ringkas daripada petikan surah tersebut. Antaranya adalah mengenai larangan orang-orang beriman memakan harta sesama mereka secara batil iaitu melalui cara yang tidak mengikut syarie.

Memakan harta secara batil termasuklah mendapatkan harta secara haram seperti riba, judi, menipu, mencuri, memeras dan merampas tanpa hak. Jelasnya, pendapatan yang diperoleh melalui pekerjaan yang halal juga boleh menjadi sumber batil jika tidak amanah dalam pekerjaan.

Meninjau ke ruangan Instagram Story, penyanyi ini berpesan supaya membaca surah Al-Waqiah untuk mencari rezeki yang halal, bukan dengan cara merompak hasil kerja orang lain. Beliau secara tegas tidak menghalalkan perbuatan mereka yang mencuri hasil seni suaranya.

amy search

Memetik laporan Kosmo!, Amy berkata perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi dia melihat ianya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Saya memang pantang kalau ada pihak atau individu yang suka-suka curi hasil kerja dan seni tanpa minta izin terlebih dahulu.

Lama dah saya perasan, mereka senang-senang kaut keuntungan daripada kesempitan orang lain. Berkatkah rezeki yang diterima itu? Penat lelah kita bekerja siang malam langsung bagai tidak dihargai.

Jelasnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang menyanyikan semula lagu tetapi bukan bertujuan mencuri karya atau mengaut keuntungan.

Kau nak cover ke apa ke, terpulang. Yang itu saya hargai. Ini suka-suka hati compile (gabungkan) semua lagu-lagu, lepas tu siap jual dalam bentuk cakera padat (CD) tanpa minta izin, bagus ke semua tu?

Bukan setakat CD je, ada juga yang compile berpuluh-puluh lagu dan muat naik dalam YouTube. Gunakan lagu sambil promosi produk pun ada.

Lebih keterlaluan apabila pihak yang terlibat langsung tidak meminta izin apatah lagi memberikan kredit kepada pengkarya original.

Kredit: Amy Search , Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas