Connect with us

Oh! Media

Ceroboh Rumah, Bekas Kekasih Buat Laporan Ke Atas Pelawak

pelawak ceroboh rumah bekas kekasih

Oh! Artis

Ceroboh Rumah, Bekas Kekasih Buat Laporan Ke Atas Pelawak

Rasanya ramai yang mengetahui mengenai kisah seorang pelawak yang sudah berkahwin namun beberapa kali terpalit dengan gosip curang dengan seorang wanita lain.

ADVERTISEMENT

Terbaru, wanita itu membuat laporan polis dan mendakwa bekas teman lelakinya yang merupakan seorang pelawak telah menceroboh rumahnya, kelmarin.

Lapor Kosmo!, wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa insiden itu berlaku ketika dia berseorangan pada jam 7.30 malam.

Pelawak tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

Berasa tidak selesa, wanita berkenaan bertindak menghalau lelaki itu keluar selain menjelaskan motif kedatangannya kerana mengesyaki dia membawa lelaki lain ke rumah berkenaan.

pelawak

Tambah sumber itu lagi, kejadian itu membawa kepada pertelingkahan mulut dan pelawak itu beredar sejurus selepas ditegur jiran berdekatan kerana bunyi yang bising.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan ada menerima menerima laporan daripada wanita tersebut semalam.

Jelas beliau, kedua-dua individu terbabit dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai.

Terdahulu, wanita berkenaan ada memuat naik gambar pelawak berkenaan di IG Story sambil meluahkan rasa lemas kerana masih lagi diganggu lelaki itu.

Pun begitu, entri berkenaan dipadam selepas hanya beberapa minit gambar itu dimuat naik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook atau Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas