Connect with us

Oh! Media

“Cara Kau Minta Maaf Pun Gelak-Gelak” – Aidid Marcello Tegur Content Creator Supaya Beradab

Aidid Marcello

Oh! Artis

“Cara Kau Minta Maaf Pun Gelak-Gelak” – Aidid Marcello Tegur Content Creator Supaya Beradab

Personaliti TV, Aidid Marcello tampil memberi teguran kepada content creator supaya berhati-hati dalam membuat sebarang video.

BACA: Ellie Suriaty Tak Terima Permohonan Maaf Imran Bard, Mahu Jumpa Ibu Bapanya

Beliau menekankan aspek adab yang perlu diambil perhatian anak muda zaman kini. Jelas Aidid, pada zamannya tiada siapa yang berani memetik nama orang lain kerana rasa hormat yang tinggi.

IKLAN

“Bila kau tak ada adab, inilah bahananya” – Aidid Marcello

Zaman dulu tak ada orang petik-petik nama sesuka hati sebab kita jaga dan kita hormat.

Beliau mempersoalkan tujuan content dihasilkan kerana ianya sedikit sebanyak akan memberi tanggapan buruk kepada nama yang disebut.

Lebih-lebih lagi content creator berkenaan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Aku rasa bagus juga terkena macam ni, sekurang-kurangnya biar terhantuk sikit.

Baginya, sikap tegas pelakon wanita membuat laporan polis dan menuntut permohonan maaf sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran.

Gunalah pengaruh untuk sebar kebaikan

Aidid Marcello

Beliau menasihati generasi muda yang mempunyai pengikut ramai di media sosial agar menggunakan pengaruh mereka untuk kebaikan dan sentiasa menjaga adab.

Selain adab dalam menghasilkan video, content creator berkenaan turut ditegur supaya meminta maaf secara baik untuk menyelesaikan isu.

Aidid tidak selesa dengan caranya yang membuat kelakar dan ketawa ketika memberi penjelasan dan meminta maaf seolah-olah tidak serius.

Aidid Marcello

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Aidid Marcello


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas