Menerusi satu posting yang dimuatnaiknya di Instagram, Caprice seperti mendedahkan bahawa artis yang cari pasal dengannya adalah pelakon, Aaron Aziz.
Video berkenaan menunjukkan Aaron Aziz ‘bengang’ dengan seorang artis yang seakan meniru produk keluarannya iaitu rokok elektrik jenis ‘disposable’.
Caprice sebelum ini tidak mendedahkan siapa yang cari pasal dan memberi peluang untuk dia berfikir dengan tindakan yang telah dilakukan. Dia juga beranggapan bahawa Aaron Aziz melakukan perkara ini disebabkan ‘marketing’ semata.