Connect with us

Oh! Media

“Bukan Mangsa Fesyen” – Aina Abdul Akui Ada Netizen Mahu Boikot Kerana Pakaian

Oh! Artis

“Bukan Mangsa Fesyen” – Aina Abdul Akui Ada Netizen Mahu Boikot Kerana Pakaian

Baru-baru ini, nama penyanyi terkenal Aina Abdul menjadi hangat di media sosial ekoran pemakaiannya di program realiti beberapa hari yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Untung Tak Kena Sengat” – Disamakan Dengan Sarang Tebuan, Baju Aina Abdul Ganggu Penonton Belakang

Pakaian Aina Abdul dalam rancangan tersebut dikatakan menerima kritikan ramai dan rata-rata netizen juga menganggap dirinya seorang mangsa fesyen.

Stail Aina Abdul

aina abdul

Malah, Aina juga mendedahkan dirinya banyak menerima kecaman di samping ada juga mahu memboikot kariernya sebagai penyanyi.

Selain ‘face shaming‘, ada netizen yang mahu boikot saya kerana imej dan penampilan berbeza yang ditampilkan. Sedangkan, selain imej dan penampilan, saya juga sudah habiskan ribuan ringgit untuk menjaga wajah dan tubuh sebagai selebriti.

Dalam pada masa yang sama, Aina juga mendedahkan dirinya berpakaian seolah-olah katil dan tilam kerana mengikut tema pada minggu keempat program berkenaan.

Imej katil atau tilam itu sesuai untuk meluahkan perasaan galau itu. Saya fikir imej itu akan mendapat komen yang menghiburkan kerana pernah pakai baju yang lebih besar dari itu.

Sebelum ini, penyanyi tempatan itu menerima kritikan dari segi pemakaiannya kerana dianggap mengganggu pandangan penoton di belakang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas