Connect with us

Oh! Media

“Bukan Keputusan Saya” – Pernah Ada Isu Dengan Media Melayu, Shila Amzah Mohon Maaf

Oh! Artis

“Bukan Keputusan Saya” – Pernah Ada Isu Dengan Media Melayu, Shila Amzah Mohon Maaf

Sebut sahaja nama Shila Amzah, pelbagai kontroversi hangat yang pernah melanda penyanyi berbakat besar ini. Selain isu percintaan, penyanyi ini ada kes mahkamah dengan rakan media.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pada 2015, penyanyi ini mengemukakan saman terhadap akhbar Kosmo berkaitan dakwaan konsertnya ditaja sebuah syarikat perjudian.

Dia bagaimanapun kalah dalam kes itu  dan diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Kosmo selaku defendan.

BACA: “Please Bagi Sha Ruang, Lepas Cerai Iddah Pun Belum Habis Lagi”

Bercakap kepada Melodi, Shila Amzah secara jujur memberitahu dia hanya ada kebebasan untuk melakukan apa yang dimahukan dalam dua tiga tahun kebelakangan ini.

shila amzah

Apa yang berlaku lepas, saya boleh kata bukan keputusan saya. Saya bukan nak menidakkan jasa ibu bapa saya membesarkan dan melindungi saya, saya pun dalam keadaan tertekan dalam saya punya own space. Memang kita saling memerlukan.

Kata penyanyi ini, jika boleh diputarkan waktu dia tidak akan sampai ke mahkamah membazirkan wang ringgit yang boleh digunakan untuk membeli sebuah rumah.

Seandainya saya ada kebebasan ketika itu, saya akan selesaikan tetapi malangnya mereka tiada akses terus kepada saya. Mereka tak ada nombor telefon saya, nak tanya sendiri sebelum mereka tulis sesuatu.

Jika ada ruang ketika itu, Shila berkata dia pasti akan menjelaskan segala persoalan yang timbul. Penyanyi ini juga mengaku semasa muda dia agak beremosi.

Shila amzah

Ketika ditanya sama ada dia ingin meminta maaf di atas perbalahan yang berlaku, Shila secara terbuka memohon maaf jika ada yang terguris hati.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini berharap perkara tidak lagi berpanjangan dan menjadi iktibar buat dirinya, rakan seni dan rakan-rakan wartawan.

Shila berkata isu tersebut merupakan detik hitam dalam hidupnya dan dia berharap dapat berbaik semula dengan rakan-rakan media.

Kredit: Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas