Bagi yang menonton drama Nur, korang mesti kenal dengan Atiq Azman kan? Sewaktu pembabitan awal dalam bidang seni, pelakon lelaki ini dipuji kerana bersuara lunak mengalunkan ayat suci al-Quran. Iyalah bekas pelajar maahad tahfiz tu!
Tapi lain pula cerita kali ni apabila pelakon ini dikecam gara-gara memuat naik foto menunjukkan badan sasa ‘sixpack’ dan berseluar pendek di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ramai nampaknya kecewa dengan imej terkini Atiq. Rata-rata netizen menegur menyatakan bahawa pelakon ini seharusnya menjaga aurat dengan baik.
Netizen juga mempersoalkan mengapa pelakon ini kelihatan sudah berubah berbanding awal kemunculannya dalam industri lakonan.
Eh biar betul? Kita tunggu penjelasan Atiq sendiri.