Menerusi ruangan komen satu perkongsian di TikTok, netizen menyangka Bonda Rozita sudah berpisah dengan suami gara-gara jarang memuat naik gambar bersama.
Namun, sangkaan tak benar netizen terjawab apabila Bonda dan suaminya serta ahli keluarga yang lain dilihat bercuti di luar negara.
Anak Bonda Rozita iaitu Datuk Aliff Syukri turut memuat naik gambar mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan kebahagiaan ibunya.