Connect with us

Oh! Media

Bila Nak Kahwin? Amira Othman Akui Masih ‘Single’, Kalau Jumpa Lelaki Berjambang Itu Bonus

amira othman

Oh! Artis

Bila Nak Kahwin? Amira Othman Akui Masih ‘Single’, Kalau Jumpa Lelaki Berjambang Itu Bonus

Dah tahun 2024 ni, ada lagi ke orang single? Kah! Korang yang masih single tu janganlah putus harapan sebab penyanyi, Nadia Amira Othman pun mengaku dia masih single tu. Ada peluang gais…

ADVERTISEMENT

Perkara itu dikongsikan Amira di mana usianya yang semakin meningkat, sudah tentu mahu berkenalan dengan lelaki yang serius untuk berkahwin.

Dah nak raya ni. Siap sedialah dengan soalan, bila nak kahwin?

Saya faham itu soalan-soalan lazim, tambah pula nak raya ni kan? Kenalah bersedia nak menjawab.

Tapi saya agak terasa hati juga bila ada orang persoalkan kat saya. Nanti kahwin lambat nak beranak susah. Itu diluar bidang kuasa saya. Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya.

Umur kita bukan makin muda, mestilah saya mahu lelaki serius dan niat dia memang untuk berkahwin. Bukannya sekadar untuk mengenali, bercinta lima atau tujuh tahun. Saya dah tak nak lalui fasa-fasa itu.

Amira Othman mahu cari lelaki berjambang dan penyabar…

Seriuslah Amira terpikat dengan lelaki berjambang? Betullah tu sebab Amira sendiri yang cakap dia idamkan lelaki yang penyabar, bertanggungjawab dan berjambang.

Bagi Amira, orang penyabar ni dia pandai kawal emosi dan senang buat keputusan nanti. Apapun, kalau korang berjambang, itu bonus untuk Amira.

Apapun, saya dah ada isteri. Jadi, saya doakan sahaja agar Amira jumpa lelaki yang terbaik dan dapat jadi suami untuk pimpin ke syurga.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas