Berita sedih ini dimaklumkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu melalui Instagram miliknya dan memohon agar sedekahkan Al-Fatihah.
Siti Sarah sebelum ini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan ditidurkan atas sebab komplikasi Covid-19. Bagaimanapun, arwah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Semoga arwah Siti Sarah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan Shuib serta keluarga kuat hadapi ujian ini.