Dua, tiga hari ni banyak pulak isu panas berkaitan aktres Fathia Latiff kan…
Pelbagai kenyataan panas yang dikeluarkan oleh Fathia sehingga menjadi perbualan hangat warganet di media sosial.
Terkini, Fathia memaklumkan dia tidak berniat untuk menghancurkan rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.
Katanya, dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang lebih kacak daripada bekas teman lelakinya itu dan tiada sebab untuk merampas hak orang lain.
Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang. Tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah Macwilson). Jadi buat apa saya nak merampas?
Menerusi sesi live TikToknya, Fathia berkata dia tidak kisah jika netizen mengecamnya kerana dia tidak langsung terkesan, malah membuatkan dirinya semakin dikenali.
Chill lah. Muka dia memang macam bibik kan. Saya tak kisah pun apa korang cakap sebab korang yang berada di bawah tapak kaki saya.
Sebab itulah saya tak terkesan langsung. Korang yang buat saya semakin dikenali. Saya tak kisah orang ramai bencikan saya. sebab saya tidak boleh mengawal mereka. Saya tetap dengan pendapat saya.