
Oh! Artis
“Berpakaian Tapi Seolah Telanjang” – PU Syed Penat Tegur Dolla, Seru Ustazah Pula Bersuara
PU Syed rupa-rupanya sudah tegur penampilan Dolla tahun lepas, tapi tak ‘lut’.
Pendakwah bebas, PU Syed kembali menegur artis wanita tanah air yang disifatkannya semakin melampau dan berpakaian menjolok mata, khususnya kumpulan Dolla.
BACA: DOLLA Dikecam Berpenampilan Seksi Atas Pentas, Sabronzo Paling Tarik Perhatian?
Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau mendedahkan pernah menegur kumpulan itu kira-kira setahun lalu, namun merasakan tegurannya ibarat mencurah air ke daun keladi kerana tiada perubahan berlaku.
“Nama Dolla bunyi macam sesat”
PU Syed turut mengaitkan nama kumpulan tersebut yang menurutnya jika ditulis dengan huruf Arab tertentu, boleh membawa maksud ‘sesat’.
Nama Dolla, bunyi macam ضَلّ jika guna huruf ض + ل yang membawa maksud sesat. Dan ternyata hampir sama dah.
Beliau turut menyatakan rasa kecewa apabila contoh yang ditunjukkan oleh artis-artis sebegini memberi pengaruh negatif kepada peminat, terutamanya golongan muda.
Mereka sudah menunjukkan contoh yang buruk kepada peminat dan tak pelik jika ramai yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang.
“Biar ustazah tegur”

PU Syed turut mencadangkan agar isu berpakaian artis wanita ditegur oleh golongan ustazah pula bagi mengelakkan salah faham apabila pendakwah lelaki bersuara.
Biarlah ustazah-ustazah yang tegur pulak, kang bila lelaki tegur dikata kita menengok mereka.
Beliau dalam masa sama turut menyeru pihak berkuasa supaya memperketatkan etika berpakaian artis, khususnya mereka yang menjadi ikon kepada masyarakat Islam di negara ini.
