
Oh! Artis
Ben Amir Didakwa Bersekedudukan Dengan Wanita Filipina
Pelakon Ben Amir didakwa tinggal bersama wanita Filipina di Pulau Siargao seperti pasangan suami isteri.
Nama pelakon kacak Ben Amir tiba-tiba jadi buah mulut di media sosial selepas satu akaun Threads mendakwa dia kini tinggal bersama seorang wanita Filipina di Pulau Siargao, Filipina.
Lebih mengejutkan, individu tersebut mendakwa mereka berdua bersekedudukan seperti pasangan suami isteri walaupun tidak berkahwin.
Ada bukti gambar Ben Amir dengan kekasih Filipina?

Individu berkenaan bukan sekadar bercakap kosong. Dia turut memuat naik tangkap layar gambar rumah yang sedang dalam pembinaan, dikatakan sama seperti yang pernah dikongsi oleh Ben dan wanita tersebut di media sosial.
Hasil tinjauan ke Instagram Ben dan wanita berkenaan pula mendapati mereka ada berkongsi gambar dari lokasi yang sama, pada waktu yang hampir serentak.

Lebih menarik perhatian, semasa ulang tahun Ben Amir bulan lalu, wanita itu dipercayai membuat kejutan untuknya dan mereka turut berkongsi gambar hari yang sama.

Peminat dan rakan artis mungkin dah tahu?
Menerusi ruangan komen, ramai mendakwa kemungkinan besar rakan-rakan terdekat dan peminat setia Ben Amir sebenarnya sudah tahu mengenai hubungan cinta mereka.
Namun begitu, hanya seorang individu di Threads yang membuat dakwaan serius bahawa mereka tinggal bersama sebelum berkahwin.
Menurut pendedahan sama, wanita yang dikaitkan dengan Ben turut berkongsi mesej dalam satu channel selepas menyedari wajahnya mula tular dan menjadi bahan gosip netizen.

Pssttt! Gosip cinta selebriti memang cepat tular, lebih-lebih lagi bila ia libatkan isu tinggal bersama sebelum nikah. Tapi setakat ni, semua ni masih sekadar dakwaan dari satu pihak dan belum ada kenyataan rasmi dari Ben Amir sendiri. Apa pun, kita tunggu respons tuan badan kalau ada. Gosip boleh jadi racun, tapi kebenaran kena datang dengan bukti dan suara sebenar.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
