Ameera atau lebih dikenali dengan Little Miss Khan selalu juga tarik perhatian netizen dengan apa yang dilakukannya. Bagaimanapun, penampilan separuh hijabnya tetap mendapat pujian netizen kerana ada usaha untuk ke arah lebih baik.
Tapi masih pakai ketat-ketat sampai nampak tubuh badan?
Itulah apa yang dipersoal netizen selepas Ameera menaikkan gambar dirinya memakai baju berwarna coklat yang dilihat agak ketat. Pakaian itu sehingga menampakkan bentuk badannya dari atas hingga ke bawah.
Pakaian ketat kurang sesuai dengan imej separuh hijab
Berdasarkan komen dari netizen, ada yang menasihatkan Ameera untuk lebih berhati-hati memilih pakaian. Ini kerana dia yang sedang membawa imej separuh hijabnya itu kurang sesuai digayakan dengan pakaian nampak ketat.
Bila sudah terlalu ketat, mulalah netizen ambil peluang untuk buat tuduhan bukan-bukan!
Berdasarkan pemerhatian kami pada ruangan komen, ada juga netizen yang mempersoal samaada Ameera telah membuat rawatan payudara.
Inilah perkara yang kita ingin elakkan tetapi perlu datang dari diri kita sendiri. Apapun, kita doakan agar Ameera terus berusaha menjadi lebih baik dan berjaya.