Rumah tangga pelakon Azlan Komeng terus menjadi bualan hangat apabila isterinya, Nur Nilam Ortiz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat baru-baru ini bagi memfailkan permohonan fasakh.
Namun, dalam satu video terbaru yang dimuat naik di TikTok, Azlan tampil memberikan penjelasan penuh emosi tentang kedudukan sebenar.
IKLAN
Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran menegaskan bahawa dia tidak akan berpisah dengan isterinya, meskipun menghormati tindakan Nilam.
Macam yang semua sedia maklum, isteri saya sudah pun memfailkan fasakh dan saya hormati apa sahaja tindakan yang dia buat.- Katanya.
Tambah Azlan, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak melepaskan isteri tercinta, dan masih berusaha mencari penyelesaian terbaik buat rumah tangganya.
Saya tidak akan melepaskan isteri saya kerana saya ada alasan yang tersendiri dan belum masanya lagi untuk saya kongsikan dengan anda semua.
Menurut pelakon berusia 48 tahun ini lagi, dia sedang mengusahakan sesuatu, namun memohon diberi ruang dan masa sebelum segalanya dikongsikan kepada umum.
Saya mohon kesabaran daripada pihak-pihak yang tertentu, untuk beri ruang dan masa kerana ada sesuatu yang sedang saya usahakan. Bila sampai waktu yang tepat akan saya kongsikan, insya-Allah.
Azlan juga tidak segan meluahkan rasa sayangnya terhadap Nilam, dan memohon agar isterinya bersabar sedikit waktu lagi.
Kepada isteri saya, saya harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk saya selesaikan apa yang perlu dibuat. Macam mana pun saya tetap dan akan terus sayangkan awak.
Awak adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya. Insya-Allah saya akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu yang mungkin. Akan ada jalan yang terbaik.
Terdahulu, isu rumah tangga pasangan ini mula tercetus selepas Nilam memuat naik video perbualan suaminya bersama seorang wanita yang didakwa bakal madunya, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hasrat Azlan untuk berpoligami.
Azlan bagaimanapun menafikan segala tuduhan bahawa ianya hanya gimik semata-mata. Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
#ApaKataOhmedia
Cinta dan perkahwinan bukan hanya tentang janji, tapi juga usaha untuk mempertahankan dan memperbaiki. Jika masih ada ruang untuk menyayangi dan saling memahami, mungkin masih belum terlambat untuk menyelamatkan sebuah ikatan.
Apa pun jalan yang dipilih, semoga semuanya menuju ke arah yang lebih baik dan diberkati.