Connect with us

Oh! Media

Awal Ashaari Tegur Wardina Sebab Ajak Orang Ramai ‘Unfollow’ Selebriti Tak Peka Dengan Isu Palestin

awal ashaari

Oh! Artis

Awal Ashaari Tegur Wardina Sebab Ajak Orang Ramai ‘Unfollow’ Selebriti Tak Peka Dengan Isu Palestin

Pengacara dikenali ramai, Awal Ashaari menyelar tindakan Wardina Safiyyah kerana memuat naik nama-nama artis yang perlu diboikot susulan mempromosikan produk pro Israel.

ADVERTISEMENT

BACA: Wardina Ajak Boikot Akaun Selebriti Berjuta Pengikut Tapi Tak Tunjuk Solidariti Palestin

Menurut Awal, Wardina seharusnya lebih memahami komitmen seorang selebriti, memandangkan dia juga pernah bergelar artis suatu masa dahulu.

Guna agama memecah belahkan artis dan netizen

Mencipta kebencian, cuba memecah belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu. Apa motif beliau? Beliau pernah menjadi duta kepada jenama-jenama Israhell.

Awal meluahkan rasa terkilan itu selepas melihat Wardina lantang bersuara mengenai gerakan #Blockout2024, di mana orang ramai diminta untuk memboikot selebriti yang bekerjasama dengan jenama pro Israel.

Beri peringatan pada Wardina

Dalam pada masa yang sama, pengacara itu turut menyindir Wardina yang sebelum ini pernah meminta orang ramai untuk menyebarkan kebencian terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan dalam hidup mereka.

Kata Awal, dia mengulang siar perkara itu kerana bimbang pelakon Spanar Jaya tersebut lupa akan kata-katanya itu.

awal ashaari

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas