Connect with us
Fattah Amin Fazura

Oh! Artis

“Awak Tahu Apa Sepatutnya Yang Awak Buat”, Pesanan Untuk Fattah Amin

Semalam pelakon, Fattah Amin enggan melafazkan talak kepada Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana dia masih menyayangi isterinya biarpun pelakon wanita itu nekad untuk dilepaskan.

BACABelum Sedia Lepaskan Fazura, Alasan Fattah Amin Undang Sebak

IKLAN

Menurut laporan Oh Bulan, ada seorang individu memuat naik satu hantaran di X yang berharap agar Fattah Amin dapat menyelamatkan rumah tangganya bersama Fazura.

Dia juga percaya yang Fattah tahu apa yang perlu dilakukan untuk memujuk isteri tercinta tambah lagi apabila ulang tahun kelahiran Fazura akan berlangsung pada Jumaat ini.

Saya percaya Fattah seorang suami yang baik dan Fazura juga seorang isteri yang baik.

Saya berharap dalam tempoh dua minggu sebelum tiba hari prosiding seterusnya, mereka berdua boleh selesaikan secara baik.

Ulang tahun Fazura pada Jumaat ini (27 September) dan Fatima pada 2 Oktober depan. Awak tahu apa yang sepatutnya awak buat, Fattah.

Untuk info, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Fattah Amin Fazura

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X | Oh Bulan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas