Dalam sesi Question & Answer di Instagram, Ayda ditanya peminat sama ada mereka pernah gaduh selepas kahwin. Iyalah, nampak macam romantik je kan? Pernah ke gaduh?
Peminat tanya pernah ke gaduh?
Menjawab soalan itu, Ayda mengaku dia dan suami selalu bergaduh bila nak bayar sesuatu. Mana taknya, mereka akan berebut-rebut dan Nabil sebagai suami tak akan kasi ‘can’ dekat Ayda untuk bayar.
Kata penyanyi ini, sebagai isteri dia kadang-kadang nak juga belanja suami tapi suami tak benarkan. Fuh untung betul ya.
Selalu gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia je bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang!
Dalam kesempatan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Temberang ini berterima kasih kepada suami, siap minta nak belanja makan walau tahu suami tak mahu.