Connect with us

Oh! Media

“Artis Kan..” – Majlis Pertunangan Elisya Sandha Dan Anak Sheila Rusly Ketika PKP Jadi Perdebatan Netizen

majlis pertunangan elisya sandha

Oh! Artis

“Artis Kan..” – Majlis Pertunangan Elisya Sandha Dan Anak Sheila Rusly Ketika PKP Jadi Perdebatan Netizen

Rasanya ramai bakal pengantin mahupun pasangan yang mahu melangkah ke fasa lebih serius terpaksa menjeruk perasaan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 4 Februari ini.

ADVERTISEMENT

Mungkin ada yang terpaksa memandang sepi duit yang sudah pun berhabis bagi mengadakan majlis bermakna itu memandangkan terdapat larangan melangsungkan sebarang majlis keramaian.

BACA: (FOTO) Nikah Awal Tahun Depan, Elisya Sandha Bakal Menantu Shiela Rusly

majlis pertunangan elisya sandha

Pun begitu, netizen nyata tertarik apabila melihat anak sulung Sheila Rusly, Uzair Haqimy dan pelakon Elisya Sandha menjalankan majlis pertunangan beberapa hari lepas. Rata-rata suara sepertinya pelik bagaimana keluarga keduanya boleh mengadakan majlis ketika PKP ini.

majlis pertunangan elisya sandha

majlis pertunangan elisya sandha

Bukan hanya mahu menuduh, namun individu di Twitter ini mempersoalkan sama ada majlis pertunangan boleh diadakan sedangkan sudah tertulis dalam SOP bahawa ia adalah antara aktiviti yang dilarang.

sop

Malah kebanyakan netizen lain juga menyuarakan pendapat yang sama selain turut berkongsi pengalaman mereka terpaksa membatalkan majlis penting bagi mematuhi peraturan kerajaan.

Malah ada yang menegur hadirin pada majlis tersebut kerana kelihatan tidak mengenakan pelitup muka walaupun terdapat beberapa orang duduk bersama.

majlis pertunangan elisya sandha majlis pertunangan elisya sandha majlis pertunangan elisya sandha majlis pertunangan elisya sandha majlis pertunangan elisya sandha

majlis pertunangan elisya sandha

Terbaru, Elisya Sandha ada berkongsi sebuah klip pendek bagi meraikan hari bermakna tersebut. Daripada sedutan tersebut, dapat dilihat kedua buah keluarga pasangan itu hadir memriahkan lagi majlis tersebut.

Nampaknya isu ini sudah menjadi bualan ramai di laman media sosial sejak kelmarin. Apa pendapat korang?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas