Connect with us

Oh! Media

Nikita Mirzani Baru Je Berpisah Dengan Suami Tapi Anak Pula Didakwa Bercinta Dengan Bapa Tiri

nikita mirzani

Oh! Artis

Nikita Mirzani Baru Je Berpisah Dengan Suami Tapi Anak Pula Didakwa Bercinta Dengan Bapa Tiri

Negara Konoha buat hal apa hari ini? Ish korang ni tak baik tau, ada sahaja komen macam ni kalau ia melibatkan negara jiran kita, Indonesia. Apapun, kali ni Ohmedia nak kongsi sikit isu panas yang berlegar dekat Indonesia sekarang iaitu tentang pelakon sensai, Nikita Mirzani.

ADVERTISEMENT
nikita mirzani

Untuk pengetahuan korang, Nikita baru sahaja bercerai dengan suaminya, Antonio Dedola sebulan lalu. Sekarang timbul pula dakwaan anak perempuannya, Laura Meizani ada hubungan dengan bekas bapa tiri.

Dakwaan ini mula tercetus selepas Laura muat naik gambar bersama Antonio di Instagram.

Sedar tentang dakwaan tak masuk akal itu, Laura tampil menjelaskan bahawa dirinya memang rapat dengan bapa tiri serta hanya menganggap jejaka itu sebagai bapanya saja.

Katanya lagi, meskipun ikatan perkahwinan Antonio bersama ibunya tidak berkekalan, Laura sangat gembira dengan kehadiran jejaka itu menjadi bapanya.

Sekadar info, Nikita Mirzani dan Antonio mendirikan rumah tangga pada Januari awal tahun lalu tetapi sayangnya hubungan mereka hanya berkekalan untuk jangka masa yang pendek saja.

Kredit: Metro Suara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas