Baru-baru ini viral di media sosial luahan seorang bapa yang kecewa apabila anaknya menerima duit raya sebanyak RM3. Menurutnya pada zaman sekarang ini duit raya berjumlah RM1-RM3 sudah tidak relevan lagi. Luahan itu menyebabkan si bapa dilabel tidak bersyukur di atas pemberian sanak- saudara kepada anaknya.
BACA: “3 Ringgit Jer…?”- Penjaga Tak Puas Hati Anak Dapat Duit Raya Sikit Dan Dikata Berkira Dengan Budak
Terbaru, rakaman video memaparkan anak-anak pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen turut dikaitkan dengan kisah itu. Mereka berpendapat pasangan selebriti ini merupakan contoh terbaik dalam mendidik anak-anak mengenai adab.
Mana tidaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dilihat sangat teruja melihat duit yang banyak termasuk wang RM1 di dalam sampul raya. Hanis Zalikha turut mengajar Yusuf mengucapkan syukur dan mendoakan agar si pemberi murah rezeki.
Wah, memang nampak seronok sangat si adik tu kan. “Money, so much money”. Apa-apa pun kita hendaklah sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan rezeki yang diterima tanpa mengira nilai di dalamnya.
Kredit: Tiktok @haniszalikha
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.