Connect with us

Oh! Media

“Alpha Women Dan Psiko?” – Netizen Kecam Fazura Gara-Gara Video Ini, Tuan Badan Balas Balik

Ohmedia fazura

Oh! Artis

“Alpha Women Dan Psiko?” – Netizen Kecam Fazura Gara-Gara Video Ini, Tuan Badan Balas Balik

Kenyataan Nur Fazura dalam satu temubual baru-baru ini berkenaan penceraian yang disifatkannya sebagai ‘baru sangat berlaku’ telah mencetuskan reaksi pelbagai di media sosial.

Dalam pada mempromosikan lagu baharunya berjudul Luar Biasa, pelakon jelita itu tidak menyangka akan dilabel sebagai ‘psiko’ oleh seorang netizen.

Netizen anggap Fazura ‘alpha women’ dan ‘psiko’

Fazura

Dalam hantaran yang tular, individu tersebut menyuarakan pendapatnya terhadap Fazura, menyifatkan pelakon itu sebagai seorang wanita dominan dan sukar dikawal.

IKLAN

Aku tak kecam Fazura dan aku juga bukan peminat Fattah. Tapi cara Fazura cakap ‘baru sangat cerai’ bagi aku psycho. Dekat sini kita boleh nampak alpha women memang Fazura. Dan Fattah sememangnya tak boleh control Fazura. Yang aku respect Fattah tak buruk-burukkan Fazura. Dan beranggapan jodoh mereka mungkin tak lama.

Tidak berdiam diri, Fazura dilihat membalas kritikan tersebut di ruangan komen. Namun, ramai peminat tampil mempertahankan pelakon itu, menyifatkan kritikan terhadap pelakon itu tidak berasas dan keterlaluan.

@hibglam.com.my

“Saya tak pernah terlintas langsung untuk mencari pengganti dan rasa macam baru sahaja bercerai.” Doakan terbaik untuk Fazura ya. https://hibglam.com.my/2025/06/21/macam-terlalu-awal-untuk-cari-pengganti/ #fazura #pengganti #pelakon #penyanyi #cerai #hibglam #fyp

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Di ruangan komen, netizen menyatakan sokongan kepada Fazura dan berharap beliau tidak melayan ‘haters’ yang cuba menjatuhkan namanya.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa cepatnya masyarakat melabel tanpa memahami konteks sebenar. Tak salah untuk menyuarakan pendapat, tetapi biarlah beradab dan tidak menjatuhkan maruah orang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas