Connect with us

Oh! Media

Along Cham Perlu Hadir Sebutan Semula Kes Dadah

Ohmedia along cham kes dadah

Oh! Artis

Along Cham Perlu Hadir Sebutan Semula Kes Dadah

Pelakon dan pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kes pada 7 April selepas pihak pendakwaan memperoleh laporan kimia berkaitan kes dadah yang dihadapinya.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Sutri Patang, memaklumkan perkara tersebut semasa prosiding di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, pada Jumaat lalu.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan kemudian menetapkan tarikh baharu bagi serahan dokumen sebelum kes diteruskan.

IKLAN

Along Cham kekal dengan pengakuan tidak bersalah…

Along Cham

Semasa pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.49 gram dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Along Cham mengekalkan pendirian tidak bersalah.

Dalam pada itu, Along memberitahu bersedia memberikan kerjasama penuh sepanjang prosiding kes berlangsung.

Saya akan memberikan kerjasama yang penuh.- Katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah berakhir.

Mengikut pertuduhan, Along Cham didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 1.49 gram di sebuah rumah di Cyberjaya, pada jam 3.10 petang, 14 Disember 2023.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Along Cham

Selain itu, Along juga berdepan dua lagi pertuduhan berkaitan dadah, iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 49.61 gram di lokasi dan tarikh sama.

Tuduhan kedua pula adalah memasukkan dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) ke dalam badan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor, pada pukul 10 malam.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang telah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Along atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis yang dikaitkan dengan kesnya pada 14 Disember 2023.

Ohmedia along cham kes dadah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas