Sebelum ini Azwan Ali ada memaklumkan yang dia bakal memfailkan saman malu terhadap Aliff Syukri sebanyak RM100 juta.
Walau bagaimanapun, segelintir netizen ramai yang menyokong Aliff Syukri dan ada juga yang beranggapan bahawa perkara yang terjadi itu adalah pengajaran untuk Diva AA kerana mulutnya yang sangat celupar.
Terbaru! Aliff Syukri memuat naik satu hantaran dengan meluahkan yang dirinya sudah lama rasa bersabar dengan Diva AA kerana banyak menghinanya sebelum ini.
Industri ni kecil je, kau mengutuk aku melampau-lampau, sampai kat aku.
Tambah Aliff, dia menolak untuk mengambil tindakan kerana masih menghormati Diva AA namun sempat memberikan peringatan kepada pengacara itu.
Jangan fikir kau je ada lawyer, aku takde lawyer. Aku kalau saman kau, jangan sampai kau lari. Tak cukup duit kau nak bayar nanti.