Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Kembali Aktif, Enggan Ulang Kesilapan Lama

Aliff Aziz 2

Oh! Artis

Aliff Aziz Kembali Aktif, Enggan Ulang Kesilapan Lama

Selepas sekian lama menyepi, penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz kini muncul semula di pentas hiburan dengan semangat baharu. Katanya, fasa berdiam diri sebelum ini bukan bermakna dia menghilang, tetapi masa untuk bermuhasabah diri dan menilai semula perjalanan hidupnya.

Aliff yang kini berusia 33 tahun berkata, dia sudah tidak mahu lagi menoleh ke belakang apatah lagi mengungkit kisah lama berkaitan isu khalwat dan kemelut rumah tangganya. Kini, fokusnya hanya pada karier dan perancangan masa depan menjelang tahun 2026.

Aliff Aziz mahu fokus pada masa depan…

Aliff Aziz

Saya banyak luang masa dengan keluarga, buat refleksi diri dan sebagainya. Bagi saya, ini masa untuk terus melangkah ke hadapan. Saya sudah tak mahu tengok ke belakang, terutama perkara yang sudah berlaku.- Katanya.

Tambahnya lagi, dia percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kini mahu fokus pada pembaikan diri serta kerja-kerja seni yang sedang dirancang.

IKLAN

Walaupun ada yang menyangka Aliff sudah lenyap dari industri hiburan, dia menafikan perkara itu. Katanya, dia masih aktif menerima undangan nyanyian dari Malaysia dan Singapura.

Menghilangkan diri itu tidak. Saya percaya pada rezeki yang sudah disusun untuk saya. Kalau terlalu fikir masa depan, nanti kita sendiri yang tertekan. Jadi saya pilih untuk teruskan hidup macam biasa, selangkah demi selangkah.- Katanya lagi.

Bagi Aliff, hidup perlu diteruskan tanpa dibayangi kisah silam. Dia percaya selagi niatnya baik, rezeki tetap akan datang.

Enggan kongsi hal anak-anak…

Siti Hafiza Ibu Aliff Aziz

Dalam pada itu, Aliff memilih untuk tidak mengulas soal hubungan dengan anak-anak kerana menganggapnya terlalu sensitif dan peribadi.

Mengenai anak-anak, saya harap semua hormati privasi saya. Kadang-kadang bila kita jawab, orang boleh salah tafsir. Jadi lebih baik saya kekalkan perkara itu sebagai privasi.- Ujarnya.

Sebelum ini, Aliff dan pelakon Ruhainies pernah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Mac 2024 atas kes khalwat, namun mereka dibebaskan dengan jaminan pada hari sama.

Pssttt! Setiap orang berhak memperbaiki diri tanpa terus dihukum atas kesilapan lama. Hidup ni bukan tentang berapa kali kita jatuh, tapi sejauh mana kita mampu bangkit semula. Teruskan melangkah, korang, jangan biar masa lalu jadi beban yang halang langkah ke depan.

Kredit: Instgaram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas