Oh! Artis
Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Direman 3 Hari Lagi
Nampaknya, pasangan influencer iaitu Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah masih belum boleh pulang ke rumah kerana disambung reman selama tiga hari lagi sehingga 16 Julai 2024.
BACA: Pasangan ‘Influencer’ Disyaki Kaut Dana Derma Awam Sebanyak RM3 Juta Sejak 2020
Sambung reman ini dibenarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas mendapat permohonan daripada SPRM bagi membantu siasatan.
Dua orang individu yang ditahan sama turut disambung reman.
Mereka berempat sebelum ini ditahan SPRM bagi siasatan kes seleweng dana derma awam.
Pasangan terbabit bagaimanapun pernah menafikan melakukan perkara terbabit dan berkata mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah.


