Connect with us

Oh! Media

Akui Dah Tengok Video Tangisan Ayah Dan Baca Komen Mama, Ini Apa Syamsul Rasa

syamsul

Oh! Artis

Akui Dah Tengok Video Tangisan Ayah Dan Baca Komen Mama, Ini Apa Syamsul Rasa

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan Yusof Haslam mengalirkan air mana ketika ditanya tentang situasi yang menimpa anaknya, Syamsul. Komen-komen dari ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah turut tersebar dan jelas terlihat kecewa dengan apa yang berlaku.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro yang menghubungi pengarah, Syamsul Yusof menegaskan dia tidak ada niat langsung untuk membelakangi ibu dan ayahnya tentang pernikahan keduanya bersama Ira Kazar.

Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak pernah berniat untuk membelangi ayah dan mama.

Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua. – Jelas Syamsul.

Syamsul dalam pada itu berkata dia akan cuba sedaya-upaya dan tidak akan berhenti mencuba untuk memujuk semula hati ibu bapanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas