Pelawak popular, Shuib, kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.
Momen-momen indah diabadikan oleh Shuib sendiri termasuklah detik-detik penuh emosi ketika beliau berpeluang mengucup dan memeluk Multazam iaitu tempat yang diyakini mustajab untuk berdoa.
Shuib peluk dan kucup multazam sambil berdoa
Dalam video yang dikongsikan di laman sosial, Shuib dilihat tersenyum ketika menyentuh dinding Kaabah yang suci sambil meluahkan segala harapan dan doa kepada Allah SWT.
Ketenangan dan keikhlasan Shuib yang terpancar benar-benar menggambarkan keindahan perasaan seorang hamba yang memohon rahmat dan keampunan daripadaNya.
Bapa kepada empat orang anak ini turut berkongsi bahawa pengalaman umrah kali ini amat berbeza baginya.
Beliau tiba di Tanah Suci dengan membawa seribu satu harapan, untuk mengadu segala kesulitan dan masalah kepada Allah.
Ya Allah, terlalu banyak masalah dan kesempitan yang dilalui dan aku terlalu banyak dosa Ya Allah. Ampun aku Ya Allah, makbulkanlah segala doa-doaku Ya Allah.
Di ruangan komen, para pengikut tidak ketinggalan untuk berkongsi rasa syukur dan sebak melihat momen berharga ini.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan tersentuh dengan ketulusan Shuib, dan turut mendoakan semoga segala doa beliau dimakbulkan Allah.
#OhmediaNasihat
Ibadah umrah bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, tetapi juga jiwa kita sebagai hamba. Doa dan keikhlasan dalam meluahkan segala kesedihan serta harapan kepada Allah adalah satu bentuk penyerahan diri yang sejati. Kita boleh ambil pengajaran daripada kisah Shuib ini – sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap kesulitan, kerana hanya Dia yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih.