Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique pada pagi Jumaat telah selamat diijabkabul dengan pilihan hati dikenali sebagai Siti Hajar.
BACA: MK K-Clique Rapper Kegilaan Gadis ‘Off Market’, Selamat Bergelar Suami Kepada Siti Hajar
Majlis resepsi pasangan ini pula diadakan pada malam Sabtu dihadiri ahli keluarga, rakan artis dan media.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah seri pengantin yang terpancar di wajah MK dan Siti Hajar. Mereka juga dipuji mengenakan pakaian sederhana tanpa aksesori yang sarat.
Difahamkan, untuk majlis resepsi itu pasangan ini mengenakan dua persalinan iaitu persalinan tradisional songket dan persalinan sut dipadamkan dengan dress.
Tak cukup dengan itu, ada pula netizen berseloroh ‘pedih ulu hati’ melihat aksi mesra penyanyi itu dengan isterinya.
Dalam satu rakaman tular, MK dilihat mencium dahi dan melagakan hidung sambil memegang dagu isteri. Aduh, romantis betul pasangan pengantin baru ni kan? Semoga bahagia selalu!
Kredit: TikTok | Xtra
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.