Selebriti Aprena Manrose, baru-baru ini memuat naik satu hantaran di laman Instagram yang memaparkan dirinya bersama hoodie nampak leher dan hanya menutup kepala menggunakan topi tanpa tudung.
Perkongsiannya itu telah menimbulkan tanda tanya dan netizen mempersoalkan imej bertudung Aprena yang sebelum ini dipuji ramai.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik dan perli selebriti itu kerana seperti memberi ‘hint’ untuk memberitahu bahawa dia tidak akan lagi bertudung.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang memberi nasihat kepada Aprena untuk istiqamah dan cekalkan hati untuk kekal bertudung.
Terdahulu, pelakon terkenal, Nelydia Senrose yang juga merupakan sepupu Aprena Menrose turut dikecam apabila hanya memakai topi dan menampakkan lehernya sewaktu bercuti.