Abang Sajat dah bersuara tu… Viral betul kek tapak kuda sekarang, sampaikan ada yang sanggup beratur berjam-jam semata-mata nak dapatkan makanan ni.
Kek tapak kuda ni sebenarnya dah lama tapi bila jadi viral balik ni, semua pakat nak membeli. Lagi-lagi bila anda penjual buat live dekat TikTok masa tengah letak isian dan gulung kek tapak kuda.
Kalau tengok isian yang diorang letak, ada matcha crunchy, biscoff crunchy, nutella, oreo, kitkat dan banyak lagi lah.
“Aku memang tapakkan kak! Aku dekat muka korang. Jangan minta Sajat buat…” – Abang Sajat.
Apapun, Sajat dalam satu video mempertikai tindakan penjual yang menggunakan bahan yang diboikot seperti nutella tanpa rasa bersalah.
Letak nutella bagai. Nutella tu bukan brand yang kena boikot ke? Munafik la korang ni.
Kita patut mengetengahkan makanan Malaysia, baru lah benda tu menjadi nostalgia.
Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan Sajat dan meminta pihak yang menggunakan bahan diboikot ni kembali beringat yang saudara kita di Palestin masih disiksa sehingga ke saat ini.