Connect with us

Oh! Media

Pekerja Stesen Minyak Gigih Cari Insta Fauzi Nawi, Rupanya Dia Terlupa Sesuatu

A1da563d 1b1b 4c5f ae30 1be659177e68

Oh! Artis

Pekerja Stesen Minyak Gigih Cari Insta Fauzi Nawi, Rupanya Dia Terlupa Sesuatu

Sebut saja nama Fauzi Nawawi sudah pastu ramai diluar sana yang kenal dengan pelakon yang sering membawa watak antagonis ini.

Tinjauan kami di laman Insta pelakon berumur 47 tahun itu mendapati dia telah memuat naik satu posting mengenai seorang individu yang dikatakan sangat amanah dan jujur.

Melalui perkongsian itu, Fauzi mengakui yang dia selalu sahaja terlupa mahu mengisi minyak kereta apabila sudah membuat pembayaran.

IKLAN

Hari ini dah kali ke-4 jadi macam ni, masuk stesen minyak bayar duit beli air tin lepastu masuk kereta terus jalan. Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isi pun tapi duit dah bagi. – Tulis Fauzi.

Fauzi berkata, disebabkan itu dia redha dan tidak mahu berpatah balik kerana perjalanan yang sudah jauh. Tapi tanpa dia sangka salah seorang pekerja stesen minyak itu telah menghubunginya dengan menghantar mesej di Instagram.

Dia turut memuat naik beberapa ‘screenshoot’ perbualannya bersama seorang wanita bernama Zahrina yang dikatakan mahu memulangkan semula wang yang sudah dibayar oleh Fauzi.

3bacdc01 e87b 479c 8253 c1b99ad9d217

Suami kepada aktres Lisdawati itu tidak menyangka rupanya masih ada hamba Allah yang sejujur dan semulia hati wanita itu.

Di posting Instagram itu, Fauzi turut mengucapkan terima kasih kepada wanita itu atas sikap jujur dan amanah itu.

Netizen di Insta juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

9220e2d0 6f8a 42dc b376 6f3d8380722a
8fc9726e 8962 472e 8e6c 5ed6d5c8619f
F4353868 0b55 49b4 b4d6 5cbb271d018f
6e2b74fd 7316 4df5 99a1 ca2c45130627

Memang jarang dah kita nak jumpa orang yang jujur macam ni zaman sekarang. Semoga sikap jujur Zahirah akan menjadi tauladan buat orang lain diluar sana.

Kredit: Fauzi Nawi

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas