Sebut sahaja Shawarma, mesti ramai teringat akan kesedapan makanan Timur Tengah yang banyak terjual di Bukit Bintang. Hm, nak pergi terasa malas apatah lagi nak beratur panjang bukan?
BACA: JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Kek Coklat Kukus Sedap, Confirm Tetamu Berebut!
Jadi, jangan risau Oh! Media kali ini akan kongsi satu resepi istimewa untuk membuat hidangan Shawarma ini dari A -Z. Jom, kita try!
Resepi Shawarma
Bahan-bahan:
- Roti
- Ayam
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- Lemon
- Garam
- Lada hitam
- Salad
- Tomato
- Yogurt
Bahan perapan ayam:
- 1 kg thigh ayam (dibuang tulang)
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk buah pelaga
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil paprika
- 2 sudu kecil garam
- Lada hitam
- 2 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar minyak zaitun
Cara perap ayam:
- Tumbuk bawang putih, lada hitam dan garam.
- Gaulkan pada ayam dengan semua bahan yang lain.
- Perap semalaman di dalam peti sejuk.
Cara penyediaan Shawarma:
- Campurkan 1 cawan yogurt dengan 1 ulas bawang putih cincang, 1 sudu teh serbuk jintan putih, sedikit jus lemon, garam dan lada hitam. Biarkan dahulu supaya rasanya bercampur.
- Hiriskan salad dan tomato.
- Keluarkan ayam yang telah diperap dari peti sejuk.
- Panaskan pan memasak hingga berasap. Letak sedikit sahaja minyak supaya ayam garing di luar dan berjus di dalam.
- Panaskan bahagian kulit di bawah. Apabila garing, terbalikkan ayam.
- Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan rehatkan 10 minit di bawah aluminum foil.
- Hiris ayam nipis-nipis.
- Sapu sos yogurt yang telah dibuat tadi pada roti. Letakkan salad, ayam dan tomato.
- Gulungkan ia dengan kemas dan siap untuk dimakan.
Mudah kan? Selamat mencuba!
Kredit: Bidadari.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media