Ayam merupakan makanan kegemaran hampir setiap lapisan masyarakat. Tapi, tahukah korang bahawa ayam masak buttermilk merupakan makanan kesukaan penduduk Asia Tenggara?
BACA: JUADAH Tak Payah Beli Mahal, Ini Resepi Roti John Paling Sedap Dengan Harga B40
Ayam yang dimasak rangup bersama sos lemak berkrim membuatkan rata-rata individu menggemarinya tanpa mengira lapisan umur. Jadi, jom Oh! Media kongsi resepi buat menu sedap ini!
Resepi ayam buttermilk
Bahan-bahan:
- 500gm isi ayam (dipotong)
- 1 pek tepung goreng berempah
- 5 sudu besar mentega
- 6 ulas bawang putih (dicincang)
- 5 tangkai cili padi (dipotong)
- Daun kari
- Susu cair
- 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
- Garam
- Gula
Cara-cara membuat:
- Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk bersama 5 sudu besar air. Kacau rata.
- Dalam mangkuk yang lain pula, tuangkan tepung goreng berempah.
- Ambil isi ayam dan celup dalam mangkuk berisi campuran tepung dan air sebelum digaul dengan tepung dalam mangkuk yang lain.
- Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
- Dengan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas.
- Kemudian, tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau dan berwarna kekuningan.
- Masukkan susu cair, daun kari, gula, garam dan kacau hingga rata.
- Masukkan juga bancuhan tepung jagung bagi memekatnya.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng dah kacau rata.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit: Azie Kitchen
Kami berjanji untuk memulangkan pasportnya (Rosmah) (ke mahkamah) dalam tempoh seminggu selepas dia kembali.