Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Air Limau Kasturi Pudina Paling Sejuk!

Published on

Panas-panas macam hari ini, kalau dapat air limau kasturi sejuk waktu berbuka puasa nanti memang ngam bukan?

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Egg Tart Guna Air Fryer, Boleh Bau Satu Rumah Weh!

Tambah pula dengan daun pudina memang nyaman betul tekak kalau dapat minum. Ha, jom Oh! Media kongsi resepi cara mudah untuk buat!

Resepi air limau kasturi pudina

Bahan-bahan:

  1. 10 biji limau kasturi
  2. 6 helai daun pudina
  3. 8 sudu gula pasir
  4. 2 sudu madu
  5. 3 cawan air
  6. Ais

Cara-cara membuat:

  1. Potong daun pudina dan masukkan ke dalam jag.
  2. Cuci dan potong dua buah limau kasturi. Perah dan tapiskan jus ke dalam jag.
  3. Masukkan gula pasir, madu dan air.
  4. Kacau hingga gula hancur, tambahkan air jika terlalu manis.
  5. Biarkan selama 10 minit untuk semua rasa bercampur.
  6. Kacau dan tuang ke dalam cawan berisi ais.

Senang saja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: Aneka Resipi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version