Connect with us

Oh! Media

Imperial Lexis KL Tawar Bufet Ramadan Paling Gempak, Harga Berbaloi Dengan Pelbagai Pilihan!

Ohmedia imperial Lexis

Oh! Makan

Imperial Lexis KL Tawar Bufet Ramadan Paling Gempak, Harga Berbaloi Dengan Pelbagai Pilihan!

Ada sup gearbox, bubur lambuk Kampung Baru, seafood on ice dan banyak lagi pilihan di bufet ‘Menjamu Selera Di Dapur Imperial’.

Bagi yang tercari-cari lokasi berbuka puasa mewah dan variasi, Roselle Coffee House di Imperial Lexis Kuala Lumpur bakal menghidangkan sesuatu yang istimewa!

Bermula 25 Februari hingga 12 Mac 2026, pelanggan boleh menikmati bufet bertemakan ‘Menjamu Selera Di Dapur Imperial’ yang menampilkan lebih 100 jenis juadah tempatan dan antarabangsa.

Menjamu Selera Di Dapur Imperial saji 100 hidangan menarik

Apa je 100 hidangan tu? Ha korang tengoklah sendiri pilihan-pilihan yang ada bawah ni. Bayangkan salmon dan ‘seafood on ice’ pun ada. Boleh makan sampai puas!

IKLAN

Hidangan warisan Melayu seperti Rendang Tok Kambing, Kuzi Kambing, Udang Harimau Sambal, Ikan Tilapia Asam Pedas, serta Satay Kajang Ayam & Daging bersama nasi impit dan bubur lambuk.

Imperial Lexis
Imperial Lexis

Pembuka selera tempatan seperti Gado-gado, Rojak Buah, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Daging, pelbagai acar tradisional dan sambal.

Pencinta makanan laut pasti teruja dengan Seafood on Ice yang merangkumi baby lobster, udang harimau, scallop, ketam bunga dan pelbagai lagi.

Imperial Lexis

Kaunter Sashimi dan Sushi turut tersedia dengan pilihan segar seperti salmon, tuna, maki roll dan nigiri.

Sushi

Penggemar makanan antarabangsa juga tidak ketinggalan, dengan hidangan seperti Grilled Lamb with Ratatouille, Beef Goulash, Baked Oysters with Cheese, serta pelbagai masakan Itali, Barat dan Asia.

Dapur Imperial

Pelbagai stesen istimewa turut tersedia seperti bar tempura, kaunter roti canai dan murtabak, pilihan dim sum, serta stesen Biryani Kambing Panggang.

Kek

Bagi pencuci mulut pula, tetamu boleh menikmati kuih-muih Nyonya, kek keju, Ais Batu Campur (ABC), air pancut coklat, aiskrim premium dan buah-buahan tropika segar.

Air

Macam mana nak booking?

Imperial Lexis

Harga bufet ni memang berbaloi iaitu RM238 untuk dewasa, RM168 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM128 untuk kanak-kanak (7 hingga 12 tahun).

Nak lagi jimat? Buat tempahan awal sebelum 1 Februari 2026 untuk menikmati diskaun 20% jika membuat bayaran penuh.

Selain itu, diskaun 20% turut diberikan untuk tempahan minimum empat orang dewasa bagi pemegang kad kredit terpilih. Memang berbaloi bawa satu keluarga!

Nak tempah? Mudah je, terus je emel ke [email protected] atau WhatsApp ke +6010 784 0176.

Jangan tunggu lama-lama, tempat terhad tau!

Pssttt! Memang tak tipu, juadah di bufet ‘Menjamu Selera Di Dapur Imperial’ ni sedap-sedap belaka. Inilah masa terbaik untuk ‘reward’ diri korang di bulan Ramadan nanti!

Kredit: Imperial Lexis KL
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22

OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas