Pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Milos Gordic berdepan situasi menyedihkan apabila hanya mampu melihat wajah anak perempuannya yang baru lahir menerusi video call.
Ini disebabkan masalah tunggakan gaji yang melanda pasukan tersebut sehingga menghalangnya untuk pulang ke Serbia.
IKLAN
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, fans KDA FC Hazriq Fahimy mengibarkan kain rentang beserta ucapan tahniah kepada Milos kerana telah bergelar bapa.
Sahabatku sekalian, dia ni (Milos), di saat isterinya memerlukan dia di sisi, di saat zuriatnya sendiri baru keluar ke dunia ini, dia tak dapat nak bersama-sama di sisi insan tersayang dia sebagaimana insan lain mahukan,” luah Hazriq.
Manakan tidak, hendak terbang pulang pun tak punya wang. Berbulan-bulan tak dapat pulang, tak dapat gaji dan hanya mampu memendam perasaan dari dalam, betapa Allah yang Maha Mengetahui kepiluan itu andai kita pula di tempat dia.
Menurut Hazriq, kain rentang tersebut dipasang di Stadium Darul Aman ketika perlawanan antara KDA FC dan Terengganu FC sebagai tanda sokongan moral buat Milos. Beliau juga menyatakan bahawa Milos terharu dan amat menghargai sokongan tersebut, lebih-lebih lagi dalam situasi sukar yang sedang dihadapinya.
Dia sendiri tidak menyangka di sebalik masalah tunggakan gaji dan aksinya yang kerap dikritik, peminat masih memberi sokongan ketika dia berada dalam keadaan yang sukar,” tambah Hazriq.
Beliau turut mengajak penyokong untuk terus memberikan kata-kata semangat kepada Milos dan rakan sepasukannya kerana mereka telah melakukan pelbagai pengorbanan demi pasukan.
#OhmediaNasihat
Apabila seseorang berdepan kesukaran, sokongan moral dari orang sekeliling amat penting. Kita harus belajar untuk menghargai usaha dan pengorbanan mereka yang bekerja keras, walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Semoga isu tunggakan gaji ini dapat diselesaikan dengan segera agar semua pemain dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.