Oh! Arena

Mat Yo Minta Tolong TMJ Isu Melaka United FC Tak Bayar Gaji

Published on

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo memohon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim masuk campur urusan gaji tertunggak yang sudah lama berlaku.

Mat Yo dalam laporan media sebelum ini mendedahkan kebanyakan pemain Melaka United FC tidak mendapat bayaran gaji sejak Jun 2022. Katanya, masalah dalaman pasukan itu juga menjadi punca prestasi Melaka United semakin merudum.

Beliau sehingga kini masih menunggu ‘green light’ daripada Tunku Ismail untuk menghadap baginda berbincang mengenai isu gaji tersebut.

Besar harapan Mat Yo supaya Tunku Ismail sebagai penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) dapat membantu masalah yang sedang dihadapi.

Pishang juga gaji tak dapat ni kan? Semoga urusan pemain Melaka United FC dapat diselesaikan segera.

BACA: Rakyat Perak Digesa Derma Seorang RM1, Bantu Bayar Gaji Pemain Dan Pegawai Perak FC Tertunggak Hingga 7 Bulan?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version