Oh! Arena
Malaysia Muncul Juara Pestabola Merdeka Selepas Tewaskan Lubnan Di Final
Alhamdulillah! selepas lebih 10 tahun menanti, Malaysia akhirnya kembali muncul juara Piala Pestabola Merdeka.
Skuad kebangsaan kendalian Pau Marti Vicente berjaya menewaskan Lubnan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales pada separuh masa pertama.

Permainan dan taktikal Harimau Malaya dipuji ramai seolah-olah bermain seperti pasukan Sepanyol.
Semoga kejuaraan ini menyuntik semangat para pemain sebelum perlawanan kelayakan Piala Asia bermula nanti.
