Oh! Arena
“Ciapan Lama Yang Kononnya Meyebarkan Fitnah” – Pengguna X Dakwa Disaman RM5 Juta Oleh FAM
Seorang pengguna platform X tampil mendedahkan dirinya telah disaman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas beberapa ciapan lama yang dikatakan membawa unsur fitnah dan libel terhadap badan sukan tersebut.
Dalam ciapan yang dibuat pagi Jumaat, beliau memaklumkan bahawa kini sedang berdepan tindakan undang-undang daripada FAM yang menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta.
Berdepan saman sebanyak RM5 juta
Salam Jumaat,
— Sayf (@Sayf_ismail) April 25, 2025
Buat peminat² bolasepak yg biasa menyuarakan pendapat/memberi komen terhadap isu² Bolasepak Malaysia, anda harus berhati-hati.@FAM_Malaysia telah menyaman sy atas beberapa ciapan lama yg kononnya meyebarkan fitnah & meyebabkan kerugian libel sbyk RM 5 juta. pic.twitter.com/a4sqDGdycn
Berdasarkan dokumen mahkamah yang dikongsikan individu ini, tuntutan saman dibuat oleh pihak FAM atas alasan beliau enggan memadamkan ciapan yang dianggap fitnah walaupun telah diberi notis sebelum ini.
FAM percaya tindakan Sayf itu memburukkan lagi keadaan dan mungkin menyebabkan penerbitan berterusan kata-kata yang bersifat memfitnah.
Didakwa menyebarkan fitnah terhadap FAM

Antara petikan dokumen yang tular:
Plaintif menegaskan bahawa keengganan sengaja Defendan untuk mematuhi permintaan FAM bagi memadamkan Pernyataan Fitnah… merupakan faktor-faktor yang memburukkan keadaan…”
Plaintif mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa melainkan jika disekat oleh Mahkamah Yang Mulia ini, Defendan akan terus menerbitkan atau menyebabkan penerbitan kata-kata yang sama.
FAM kini menuntut ganti rugi libel sebanyak RM5,000,000.00 berserta ganti rugi keterlaluan dan/atau tauladan terhadap beliau.
Dalam hantaran sama, individu ini turut menyertakan beberapa ciapan yang dianggap menfitnah FAM. Beliau menjelaskan semuanya adalah petikan daripada bebenangnya yang lebih panjang di mana dia menerangkan pendapatnya.