Connect with us

Oh! Media

Lelaki Merokok Dikompaun RM1,000, Tidak Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

COVID-19

Lelaki Merokok Dikompaun RM1,000, Tidak Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

Disebabkan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan, empat individu di Labuan semalam telah dikompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

ADVERTISEMENT

Menurut Harian Metro, didapati seorang lelaki merokok dan tidak memakai pelitup muka di sebuah restoran dekat pekan kata Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad.

Kes kedua pula, seorang lelaki ditahan dekat parkin kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC) kerana tidak pakai pelitup muka dan kes ketiga membabitkan dua orang wanita yang tidak memakai pelitup muka ketika bertugas di sebuah pusat snooker.

Jadi berjaga-jaga lah dan sentiasa memakai pelitup muka untuk mencegah wabak ini dari dijangkiti. Ianya untuk diri kita sendiri juga.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas