Connect with us

Oh! Media

WR Malaysia Sedia Bantu Pemilik Motosikal KTM & Husqvarna Terlibat Banjir Lakukan Pemeriksaan Percuma

wr malaysia

Branded

WR Malaysia Sedia Bantu Pemilik Motosikal KTM & Husqvarna Terlibat Banjir Lakukan Pemeriksaan Percuma

Sebelum ini Ohmedia pernah berkongsi tentang Wheel Riders Malaysia yang terpilih menyertai kempen pengiklanan Bina Bersama 2021. Mereka pada waktu itu baru sahaja membuka cawangan baharu di Eco Business Park III @ Pasir Gudang berhampiran dengan Taman Kota Masai Johor Bahru. Nampaknya Wheel Riders Malaysia terus berkembang maju hingga sekarang.

BACA: (Video) Rider Panda Dipelawa WR Malaysia Cuba Sendiri Husqvarna RM25k Curi Tumpuan Ramai!

Akibat dari bencana banjir yang melanda negara pada ketika ini, kami tertarik dengan usaha yang dilakukan pihak KTM dan Husqvarna yang bekerjasama bersama Wheel Riders Malaysia bagi meringankan beban mangsa banjir. Selain dari kereta, banyak juga motosikal yang tenggelam dalam banjir tau. Yang hanyut pun ada.

Disebabkan itu, pihak KTM dan Husqvarna telah memberikan potongan sehingga 20 peratus untuk semua jenis alat ganti motosikal mereka yang rosak akibat banjir. Bukan tu je, pemilik dua jenis motosikal ini turut boleh melakukan pemeriksaan motosikal secara percuma bagi memastikan ia dalam keadaan baik. Semua ini korang boleh dapatkan di Wheel Riders Malaysia yang bersedia untuk beri perkhidmatan terbaik.

Untuk pengetahuan korang, Wheel Riders Malaysia adalah pengedar sah bagi 2 jenama besar motosikal dunia, KTM dan Husqvarna. Dari motosikal baru, terpakai hingga ke aksesori motor dan pakaian korang boleh dapatkan dekat sini. 

Geram pula tengok motosikal KTM atas tu… Berapa harga agaknya?

Siapa yang minat sukan pemotoran mesti dah tahu kemampuan dan keistimewaan supermoto KTM dari Austria ni. Kalau korang nak tahu, motosikal atas tu adalah jenis KTM 790 Duke. Berdasarkan pemeriksaan kami, KTM 790 Duke boleh didapatkan pada harga RM62,800 sahaja.

Tapi kalau beli dengan Wheel Riders Malaysia, ada keistimewaannya

“Janji anda ada minat kami boleh NEGO sampai jadi”, itulah kata-kata dari Wheel Riders Malaysia bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk memiliki KTM 790 Duke ni. Dah nak masuk tahun baru ni mesti la akan ada potongan harga. Jadi kalau korang beminat bolehlah dapatkan dan hubungi mereka.

Nak cuba tunggang pun boleh dekat Wheel Riders Malaysia ni. Sekali dah bawa pusing-pusing memang melekat punya la. Kah!

Selain dari menjual dan menyediakan perkhidmatan servis selepas pembelian, Wheel Riders Malaysia turut aktif menganjurkan pelbagai aktiviti seperti konvoi dan sebagainya untuk disertai semua. Tapi buat masa ni semua duduk di rumah dahulu la. Bila keadaan dah pulih nanti, jom sama-sama panaskan enjin pusing satu Malaysia, hehe.

Kalau korang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh layari wheelridersmalaysia.com atau ikuti mereka di Facebook.

Apa yang kami kongsikan di atas adalah salah satu daripada perniagaan yang mendapat manfaat daripada kempen Bina Bersama dengan kerjasama EcoWorld dan iMedia, yang merupakan inisiatif bagi membantu perniagaan untuk kekal revelan dan berdaya maju.

Terima kasih EcoWorld!

Terbaru, EcoWorld melancarkan kempen Bersama Kita Mereka- Together We Create yang membawakan satu konsep baharu di mana EcoWorld mahukan anda, mereka bersama masa hadapan yang diimpikan. EcoWorld percaya hanya anda yang memahami apa yang anda inginkan.

Menerusi Together We Create, ia bakal membuka jalan kepada sebuah kehidupan idaman yang membangunkan gaya hidup, perniagaan dan komuniti sepadan dengan aspirasi pelanggan.

Terokai kehidupan yang anda dambakan bersama EcoWorld, untuk maklumat lanjut anda boleh klik di SINI.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas