Connect with us

Oh! Media

Urus Akaun Internet Dihujung Jari Di Mana Saja Pada Bila-Bila Masa Dengan myunifi app. Mudahnya!

myunifiapps memudahkan pengguna

Branded

Urus Akaun Internet Dihujung Jari Di Mana Saja Pada Bila-Bila Masa Dengan myunifi app. Mudahnya!

Kehidupan norma baharu menjadikan internet sebagai satu keperluan untuk terus berhubung. Tempoh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan tahun lalu, menyaksikan peningkatan langganan telco dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia dan begitu juga pengendali telco yang sentiasa menambah baik perkhidmatan yang diberikan bagi memudahkan urusan pengguna.

Bercakap tentang perkhidmatan telco, myunifi merupakan aplikasi telco yang sentiasa mengemas kini ciri penawaran dan perkhidmatan. Menerusi aplikasi one-in all ( all in one) ini, pengguna tidak perlu bersusah payah ke cawangan unifi jika terdapat sebarang permasalahan pada rangkaian mereka.

Aplikasi myunifi, Satu Aplikasi Pelbagai Solusi 

Bila menggunakan internet ni, masalah luar jangka tidak dapat dielakkan tapi korang tau tak menerusi aplikasi myunifi masalah korang boleh diselesaikan dengan pantas.

Korang boleh menguruskan akaun unifi hanya di hujung jari, daripada nak membayar bil, upgrade plan internet, tambah mobile data, tebus ganjaran unifi dan nak dapatkan bantuan daripada bahagian perkhidmatan pelanggan pun boleh melalui aplikasi ni.

Aplikasi myunifi berkembang, bagi memudahkan urusan pengguna mengurus akaun mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

7 perkhidmatan paling best pada aplikasi myunifi

  • Langganan

Korang boleh melanggan perkhidmatan unifi dengan mudah, jadualkan tarikh pemasangan pada waktu yang diinginkan dan jejak progress pemasangan unifi.

  • Pengurusan akaun

Tidak perlu menghabiskan masa membayar bil unifi anda di kaunter, bayar sahaja melalui aplikasi yang dimuat turun. Korang juga boleh menjejak penggunaan dan kalau rasa data korang tak mencukupi korang boleh tingkatkan pelan sedia ada.

  • Kesetiaan & ganjaran

Peroleh mata ganjaran dengan setiap ringgit yang korang belanjakan dan gunakannya untuk menebus tawaran hebat. Bestnya!

  • Perkhidmatan sokongan 

Bila menggunakan internet kadang-kala kita tak lari daripada masalah tak dijangka. Tapi korang tak perlu risau, unifi ada team yang setia untuk membantu korang. Korang hanya perlu ke aplikasi myunifi dan pilih untuk berinteraksi bersama ejen. 

Bukan itu saja korang boleh bertukar permasalahan dan mencari solusi dengan interaksi bersama komuniti unifi atau melalui tips yang disediakan sebagai panduan menyelesaikan masalah kendiri.

Kadang-kadang internet ni ada masalah teknikal kecil yang kita boleh selesaikan sendiri, di aplikasi myunifi, mereka turut menyediakan ciri sokongan EasyFix bagi membantu pegguna menyelesaikan masalah secara kendiri dengan mudah. Tak perlu sampai panggil orang TM datang rumah!

Nak tau kelajuan internet? Korang pon boleh lakukan dan cuba sendiri di rumah. Klik di SINI.

Inilah perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan menerusi aplikasi myunifi. Kalau selama ni korang hanya tau tentang masalah rangkaian bila rangkaian dah pulih. 

Kali ni unifi akan memaklumkan dahulu mengenai gangguan perkhidmatan dengan secara pengesanan proaktif. Pengguna juga boleh menghubungi pihak unifi jika terdapat gangguan rangkaian melalui satu klik sahaja. 

Wakil unifi akan memaklumkan kembali kepada pengguna apabila sambungan rangkaian kembali pulih.

Muat turun aplikasi myunifi hari ini!

Korang pengguna unifi, dah ada belum aplikasi myunifi ni? Kalau belum, download sekarang di Apple Apps Store atau Google Play Store.

Perkhidmatan yang disediakan di aplikasi myunifi ni adalah PERCUMA, jadi korang tak perlu risau tentang kos tambahan atau bil internet korang tiba-tiba naik bila menggunakan perkhidmatannya.

Kalau korang masih mencari rangkaian internet yang stabil pada harga berpatutan. Jom bertukar ke rangkaian unifi. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi my unifi klik di SINI atau layari https://unifi.com.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas