Connect with us

Oh! Media

Tips Parents Ready Sambut Ramadan & Syawal Bersama Si Manja, Last Tu Paling Penting!

Branded

Tips Parents Ready Sambut Ramadan & Syawal Bersama Si Manja, Last Tu Paling Penting!

“Kesiannya anak mama, tak larat ya sayang?”

Kedatangan Ramadan pastinya menjadi bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, bulan ini pastinya sedikit mencabar kerana anak-anak belum cukup memahami tentang kewajipan berpuasa secara mendalam.

Jadi kali ni Ohmedia nak kongsikan tips untuk parents yang mempunyai anak kecil menyambut Ramadan dan Raya.

1. Bersedia secara fizikal dan mental

Sebagai ibu bapa, pastikan korang dah ready nak berpuasa dengan bangun sahur setiap hari. Ini penting supaya korang mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti seharian dan melayan si manja.

2. Cipta aktiviti menarik dengan anak-anak

Bulan puasa ni ajar anak korang aktiviti menarik yang mudah dan menghiburkan seperti bermain lego, mewarna atau bermain dengan pelekat. Aktiviti ni akan membantu mengalihkan perhatian mereka terutamanya ketika korang nak berbuka dan beribadah. 

3. Didik anak tentang Ramadan & Raya 

Si manja yang berusia sehingga 3 tahun masih sukar untuk memahami tentang kewajipan puasa. Sebagai ibu bapa korang boleh didik mereka tentang keistimewaan bulan Ramadan seperti membawa ke masjid untuk sembahyang terawih atau bangun sahur bersama-sama.

Apabila tiba Syawal pula, tunjukkan kemeriahan beraya kepada anak-anak dengan membawa mereka mengunjungi sanak saudara atau menghias rumah dengan lampu pelita.

4. Elak bawa anak ke tempat sesak

Jika korang mempunyai anak yang masih kecil, elakkan untuk keluar berbuka atau membuat persiapan raya di tempat yang sesak. Ini bagi mengelakkan penularan virus kerana kanak-kanak yang masih kecil mudah terdedah kepada penyakit.

5. Buat persiapan raya dengan meriah

Sebab nak elakkan tempat yang sesak, sebagai ibu bapa korang dah boleh start survey tempat untuk membeli persiapan raya anak-anak. Kalau boleh pilihlah tempat yang menyediakan kelengkapan khusus untuk bayi dan kanak-kanak.

Barulah nak berbelanja rasa lebih selamat, korang sebagai ibu bapa pun tak perlu rasa bimbang.

One stop center kelengkapan ibu dan anak kecil hanya di Manjaku Baby Mall

Rasanya Manjaku Baby Mall ni dah tak perlu diperkenalkan lagi, ia merupakan gedung jualan barangan keperluan bayi, kanak-kanak dan para ibu terbesar di Malaysia. Kalau masuk je, memang susah jumpa jalan keluar!

Cakap je barang apa yang korang perlukan macam botol susu, breast pump, baju bayi, stroller, pampers, nursing care semua ada dekat sini.

Tapi benda paling best bila nak menyambut lebaran di Manjaku Baby Mall mestilah koleksi raya dengan tema Tropical Mesra Raya tahun ini.

Kami yakin, korang mesti rambang mata punya tengok koleksi baju raya bayi dan kanak-kanak kat sini, sebab semuanya comel-comel. Nak outfit tradisional sehingga ke baju kasual semua ada di Manjaku Baby Mall.

Jenama baju pula memang terkenal dan selesalah seperti Baby Hippo, BABY KIKO, Fiffy, Tenderly, Pureen Pride N’ Joy dan banyak lagi. 

Inilah masanya nak memperagakan kecomelan si manja korang depan saudara mara!

Kalau korang ni jenis tak tau nak mix and match baju untuk si manja, korang tak perlu risau, sebabnya Manjaku Baby Mall ni boleh bantu korang.

Korang boleh dapatkan tips fashionista untuk si manja. Malah, siap ada tips untuk ambil gambar Instagramable macam influencer di  Facebook, Instagram, Youtube dan Tiktok Manjaku Baby Mall.

Macam ni barulah lagi semangat nak gayakan anak masa raya!

Manjaku Baby Mall, harga lebih jimat dengan #AMBOIDEALS

Amboi.. Amboi.. Amboi… Murahnya harga barangan keperluan bayi dan kanak-kanak kat sini.

Sempena Tropical Mesra Raya juga, Manjaku Baby Mall sedang mengadakan promosi dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih. Ada kombo deals, hadiah percuma, koleksi fesyen terkini. Semuanya dah ready untuk korang!

Jadi rasanya mana yang dah start buat preparation raya tu boleh masukkan Manjaku Baby Mall dalam list korang untuk cari keperluan si manja dan untuk mummies juga!

Dapatkan sampul duit raya comel dengan setiap pembelian di Manjaku Baby Mall

Tak lengkap raya kalau tanpa pemberian duit raya. Haa.. Jangan lepaskan peluang korang untuk memiliki Manjaku Raya paket yang comel dengan setiap pembelian bernilai RM100 (ahli Manjaku) dan RM150 (bukan ahli) dalam setiap resit.

Jom buat persiapan raya untuk anak-anak di Manjaku Baby Mall untuk lebih banyak penjimatan dan pilihan yang lebih hebat.

Untuk pengetahuan geng mummy juga, lepas ni Manjaku Baby Mall akan turut menawarkan produk penjagaan untuk para ibu. Makin senanglah nak beli barang anak dan diri sendiri dekat satu tempat je!
Untuk sentiasa update dengan latest produk dan promo di Manjaku Baby Mall, korang boleh ikuti mereka di Website, Facebook, Instagram, Youtube dan Tiktok.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas