Connect with us

Oh! Media

Teka-Teki Terjawab, PETRONAS & PDB Meterai Perjanjian Jadi Penaja Rasmi Skuad Badminton Negara

PETRONAS Penaja BAM

Branded

Teka-Teki Terjawab, PETRONAS & PDB Meterai Perjanjian Jadi Penaja Rasmi Skuad Badminton Negara

Persoalan mengenai siapakah yang bakal menjadi penaja kepada pasukan badminton negara terjawab apabila PETRONAS dan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memeterai perjanjian penajaan selama 3 tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jika sebelum ini PETRONAS sinonim dengan sukan permotoran negara yang memperlihatkan bagaimana penajaan PETRONAS memberi impak besar kepada sukan itu.

Kerjasama terbaru antara PETRONAS dan BAM ini diharap dapat menjadi satu suntikan untuk meningkatkan prestasi pemain badminton negara.

Menerusi kerjasama ini, PETRONAS akan membantu dari segi latihan dan persediaan pemain kebangsaan menjelang sukan Olimpik Paris 2024 serta program pembangunan BAM secara keseluruhan.

Logo PETRONAS tersemat di jersi pemain negara

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai, logo PETRONAS akan diperagakan pada jersi terbaru pemain kebangsaan bermula dengan kejohanan Yonex All England Open Badminton Championships 2022 yang akan berlangsung dari 16-20 Mac nanti.

“Badminton merupakan salah satu sukan yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan mempunyai pengikutnya di peringkat nasional dan global. Kerjasama ini merupakan peluang yang baik untuk kami mempromosikan jenama PETRONAS di kejohanan kebangsaan dam antarabangsa”- Azrul Osman Rani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB

Selain tu, PETRONAS juga akan menjadi ‘title sponsor’ sempena Malaysia Open yang akan diadakan pada 28 Jun sehingga 3 Julai nanti, kejohanan ini akan dinamakan sebagai PETRONAS Malaysia Open 2022. Manakala, Akademi Badminton Malaysia (ABM) akan dikenali sebagai PETRONAS ABM selepas ini

Kerjasama PETRONAS(PDB)-BAM jadi game-changer

Presiden BAM, Tan Sri Noza dalam pada itu berkata, kerjasama ini merupakan satu titik perubahan bagi BAM. Ia hadir pada waktu yang tepat disaat pasukan negara sedang dalam persediaan untuk menghadapi Sukan SEA, Sukan Asia Kejohanan Komanwel Piala Thomas dan Uber 2022 serta Sukan Olimpik Paris 2024.

“Selepas ini BAM dapat menumpukan kepada objektif utama kami menjadikan Malaysia sebagai salah satu power-house badminton di dunia”- Tan Sri Norza, Presiden BAM

Di Oh! Media, sebagai penyokong sukan badminton, kami mengharapkan kerjasama yang dimeterai ini akan memberikan impak positif kepada sukan badminton negara.

Semoga pemain kebangsaan kita akan lebih bersemangat dan emas Olimpik pertama berjaya kita genggam di Olimpik Paris 2024 nanti.

Untuk mengetahui perkembangan atlet badminton dan penaja rasmi pasukan negara, korang boleh ikuti akaun Instagram rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), PETRONAS dan PETRONAS Brands.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas