Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Ikut Beauty Standard, Cipta Spa Dekat Rumah Dengan ‘Barang’ Ni. Confirm Cantik Pagi Raya!

Branded

Tak Perlu Ikut Beauty Standard, Cipta Spa Dekat Rumah Dengan ‘Barang’ Ni. Confirm Cantik Pagi Raya!

“Raya.. Raya.. Raya.. Raya.. Selamat Hari Raya…”

Pejam celik, pejam celik tak sampai sebulan kita bakal menyambut Ramadan kemudian RAYA!!

Bila nak raya ni, mulalah orang cakap tentang kuih raya atau baju raya. Tapi bagaimana pula dengan penampilan wajah? Bila muka kita ‘glow’ pagi raya barulah boleh ‘impress’ sanak saudara. Yelah, bukan selalu jumpa kan?

Memandangkan kita masih mempunyai waktu sebelum tibanya lebaran, ini kami kongsikan solusi untuk korang tampil GLAM menjelang raya.

Koleksi Glam Raya @ Watsons

1. USB Rejuvenation Beauty Enhancer

Pernah tak korang rasa macam habis beratus di spa setiap bulan, tapi sebenarnya korang boleh je buat rutin kecantikan wajah sendiri di rumah. Cuma apa yang korang takde ialah ‘device’

Apa yang korang perlukan ialah USB Rejuvenation Beauty Enhancer. Alat dengan fungsi 7 DALAM 1 ini menggalakan penyerapan produk penjagaan wajah, membersih secara mendalam (membantu mengurangkan pori & pertumbuhan jerawat) serta membuatkan kulit jadi lebih anjal dan nampak muda.

Dengan satu alat ni, korang bukan je boleh wang malah jimat masa juga tau. Paling best boleh guna setiap hari untuk mendapat hasil yang lebih pantas.

Pada alat inii ada 2 butang utama, satu butang on/off dan satu lagi butang fungsi. Korang boleh pilih nak buat ‘treatment’ apa hanya dengan menekan butang fungsi.

Mempunyai 2 warna menarik putih dan merah jambu, korang boleh dapatkan USB Rejuvenation Beauty Enhancer pada harga RM29.90 sahaja dengan setiap PWP.

2. USB Neck Face LED Light Device

Jika ke pusat kecantikan estetik, kos rawatan LED light antara yang menelan belanja agak mahal kerana ia digunakan untuk proses rawatan untuk untuk beberapa masalah kulit termasuk jerawat, penuaan dan sebagainya.

Rawatan ini sangat terkenal dalam kalangan wanita yang ingin tampil dengan wajah yang glowing dan bebas kedut. Tapi sebenarnya, korang tau tak korang boleh buat sendiri rawatan ni di rumah hanya dengan USB Neck Face LED Light Device.

Alat ini dapat membantu untuk menggalakkan pengeluaran kolagen, menegangkan wajah, membuat muka kelihatan bentuk ‘V’ dan menghilangkan garis kedutan pada bahagian leher.

Pada bahagian pemegang, korang akan menjumpai dua butang iaitu on/off dan fungsi. Pilih fungsi yang korang inginkan dan korang terus boleh buat rawatan estetik di rumah.

Didatangkan dengan 2 warna putih dan hijau, korang boleh beli USB Neck Face LED Light Device pada harga RM43.90 dengan setiap PWP.

3. USB Rechargeable Hair Remover

Kalau muka dah glow, bahagian yang orang tak nampak pun harus dijaga rapi jga tau. Apa yang kami maksudnya ialah penjagaan kawasan yang berbulu. 

Kami tau ramai yang takut menggunakan pencukur kerana takut menyebabkan luka. Tak perlu risau, korang boleh dapatkan USB Rechargeable Hair Remover. Alat ini dapat membantu ‘menghilangkan’ bulu pada anggota tubuh badan tanpa sebarang kerumitan.

Reka bentuk yang kompak pula memudahkannya untuk di bawa ke mana-mana. Nak bawa pergi travel pun boleh!

Ditawarkan dengan 2 warna merah dan ungu, USB Rechargeable Hair Remover boleh dimiliki pada harga RM26.90 dengan setiap PWP.

4. Tulip Bouquet Makeup Brush (5pcs)

Bosan dengan koleksi berus makeup korang? Mungkin dah sampai masa korang beli baru. Watsons menawarkan Tulip Bouquet Makeup Brush yang didatangkan dengan 5 berus yang berlainan saiz untuk memudahkan korang nak apply powder, blusher, eyeshadow dan concealer.

Ada 2 warna yang ditawarkan iaitu hijau dan merah jambu, Tulip Bouquet Makeup Brush dijual pada harga RM26.90 dengan setiap PWP.

Beli mana-mana 2 & nikmati diskaun tambahan 5 peratus. Bestnya!!!

Dah ready nak tampil cantik raya nanti? Jom ke Watsons untuk mendapatkan Koleksi Glam Raya dengan diskaun 50 peratus dengan setiap PWP.

Lagi berbaloi, kalau korang beli mana-mana 2 produk dalam koleksi ni, korang boleh dapat diskaun tambahan lagi 5 peratus. Syok tu!!

Tunggu apa lagi? Promosi ni untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

Kunjungi kedai fizikal Watsons yang berhampiran atau nak lebih mudah korang buat pembelian secara online sahaja di SINI

Bagi tak ketinggalan nak dapatkan info dan promosi terkini dari Watsons ikuti mereka di Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas