Connect with us

Oh! Media

Sunscreen Viral, Diperkaya Dengan Formula Penjagaan Kulit & Harga Kekal Mampu Milik

Sunscreen Viral

Branded

Sunscreen Viral, Diperkaya Dengan Formula Penjagaan Kulit & Harga Kekal Mampu Milik

“Alamak! Alamak! Alamak! Ada produk viral lagi…” 

Teksturnya ringan je dekat kulit, dahla cepat meresap. Paling penting ia bukan saja melindungi, tapi juga mampu MERAWAT! 

Korang mesti nak tahu produk apa kan? Eh, mana boleh nanti confirm habis ni, nak cari pun susah kalau dah viral. 

Ok la, kami kongsi dengan korang produk terbaru dalam “favourite list” kami. 

Kalau korang nak tahu produk yang kami suka sangat sekarang ini adalah, produk terbaru dalam rangkaian Sunplay iaitu Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk.  

Sunscreen ini bukan sahaja mempunyai perlindungan yang tinggi terhadap UVA dan UVB, tapi ia juga mampu melindungi kulit korang dari pancaran cahaya ‘Blue light’. 

Kuasa Perlindungan Yang Tinggi Serta Bertindak Sebagai Anti-Cahaya Biru 

Sunscreen Viral

Kalau dah start bercerita tentang sunscreen ni, memang kena aware dengan setiap bahan yang digunakan. Mestilah, penting penggunaan sunscreen untuk perlindungan kulit. Rutin penjagaan kulit dah sampai 10 langkah pun, tapi tak melindungi kulit dengan betul, tetap boleh merosakkan. 

Paling penting, perlulah perlindungan yang maksimum barulah berbaloi. Kalau boleh, dari setiap sudut dan segala jenis cahaya dia boleh protect. Barulah power. 

Korang jangan risau, Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk mempunyai perlindungan yang tinggi terhadap UVA dan UVB dengan kandungan SPF 50+ PA+++. 

Bukan itu sahaja, ia juga mampu melindungi kulit dari “Blue light” yang datang dari peranti elektronik yang memberi kesan penuaan yang lebih cepat dan menyebabkan hiperpigmentasi kulit.  

Bahan yang kami suka sangat yang digunakan dalam Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk adalah Carnosine. Ia bertindak sebagai anti inframerah yang mampu melindungi kulit dari cahaya inframerah dan tekanan oksidatif. 

Mampu Merawat Dengan Bahan Perawatan Kulit Yang Melembapkan 

Ini bukan nak overclaim tau, tapi memang mampu merawat! Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk dilengkapi dengan bahan penjagaan kulit yang mampu merawat dan melembapkan. 

Sunscreen ini mengandungi Kolagen Hidrolisis dan Vitamin B5 & E untuk melindungi daripada penuaan kulit dan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan berseri. Barulah korang boleh kelihatan lebih muda dari usia, bukan sebaliknya ya.  

Siapa dekat sini dah berpeluang untuk menggunakan Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk ni? Korang mesti perasan bila guna je, kulit terus auto glowing kan. 

Mestilah glowing, kan sunscreen ini dilengkapi dengan formula pengunci air MPC dan juga bahan penjagaan kulit kegemaran ramai iaitu Asid Hyaluronik yang dapat melembapkan kulit dengan berkesan dan mencegah kehilangan lembapan. 

Tekstur Yang Lebih Ringan Tanpa Meninggalkan Whitecast 

Sunscreen Viral

Jujurlah, bagus macam mana pun sunscreen tu, kalau dah tinggal whitecast mampu melihat dari jauh je. Ini dah la mahal, ada whitecast pula, nak ratakan pun susah tau. 

Eh, zaman bila pakai sunscreen ada whitecast ni? Ops! 

Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk ni confirm lebih ringan tanpa meninggalkan whitecast. Nama pun “Milk” mestilah selembut susu, tinggal sapu je dah dapat ratakan dengan senang. 

Paling penting dia WUDUK FRIENDLY! Tinggal basuh dengan air dah boleh ambil wuduk dan solat macam biasa. 

Pastinya lebih lembut dan selamat bagi kulit sensitif tanpa kandungan alkohol, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT. 

Lebih Murah & Mampu Milik Walaupun Dengan Formula Ini 

Kalau formula macam ni mesti mahal kan? Bukan sahaja melindungi tapi dapat merawat kulit dengan kandungan bahan penjagaan kulit lagi. 

Eh, siapa cakap mahal? Korang boleh dapatkan Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Perfect Mild Milk 40g dengan hanya RM29.90. Wow, formula dah level ratus-ratus, tapi harga mampu milik? 

Harga dah berbaloi gila, korang tunggu apa lagi? Jom la try, confirm puas hati. 

Dapatkan sekarang di Watsons, Guardian, Lazada, dan Shopee. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Sunplay dan ikuti media sosial dia Instagram dan Facebook

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas