“Wei, cantik do gambar ni! Diorang ambil dekat mana ekk?”
Lah, FOMO ke tengok gambar orang? Mana taknya, very artsy gitu! Itulah korang, time ada pameran tak nak join, asyik nak cafe hunting jer.
Yang mana tak dapat pergi ke pameran Van Gogh Alive & The Greatest Artist pada tahun 2022 sebelum ni, jangan risau tau. FrameMotion Studio kembali dengan pameran terbaru mereka iaitu The Immersive Journey: Art & Symphony.
Pameran kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih memukau buat pecinta seni dan muzik menerusi pameran imersif inovatif.
Eh jap! Sebelum kami sambung, make sure korang dapatkan tiket SEKARANG, ada harga ‘early bird’ tau!
Memperkenalkan The Immersive Journey: Art & Symphony
The Immersive Journey: Art & Symphony bakal ‘membawa’ pengunjung mengembara ke satu dunia baru di mana pengunjung akan terpesona dan terpukau di sebalik alunan muzik klasik dan karya seni agung.
Istimewa pameran kali ini, pengunjung dapat merasai sendiri interaksi dinamik antara emosi yang dibawa oleh muzik Beethoven dan Mozart dan digabungkan dengan visual yang menakjubkan yang terhasil dari karya-karya Van Gogh dan Claude Monet.
Pameran ini bakal menggunakan teknologi terkini untuk ‘menghidupkan’ kembali karya lagenda dengan mengetengahkan maksud disebalik seni dan muzik yang disampaikan. Wow!
Nikmati Pengalaman Yang Menakjubkan Apabila Seni Lagenda Bersatu
Untuk generasi muda nama seperti Van Gogh, Monet, Beethoven dan Mozart pasti agak janggal kan? But no worry guys, inilah masanya untuk korang ‘jatuh cinta’ dengan karya seni lagenda menerusi kolaborasi persembahan imersif dan interaktif yang pasti buat korang terpukau.
Tapi bukan yang muda je, pada kami semua peringkat usia boleh menikmati dan terkesima dalam pameran ini.
Meh sini, kami bagi sneak peek sikit.
Rangsang Adrenalin Dengan Alunan Muzik Memukau Beethoven dan Mozart
Menelusuri pameran The Immersive Journey: Art & Symphony pengunjung dapat menikmati komposisi muzik karya Beethoven dan Mozart yang merupakan karya muzik klasik dan menceritakan pelbagai kisah hidup mereka.
Setiap not yang dimainkan bakal membangkitkan satu perasaan nostalgia yang sukar digambarkan.
Rungkai Misteri Di Sebalik Lukisan Van Gogh dan Monet
Tidak cukup layan perasaan dengan muzik Beethoven dan Mozart, pengunjung akan ‘hilang’ di balik karya misteri Van Gogh dan Monet melalui pancarkan dengan teknologi imersif FrameMotion Studio.
Rentas Masa & Ruang Berdiskusi Bersama Pencipta 4 Karya Agung
Bagi kami highlight paling menarik bagi pameran imersif ini pastinya ‘pengembaraan masa’.
Pernah tak rasa korang rasa nak berbicara dengan pencipta karya-karya lagenda ni? Apa agaknya yang bermain di fikiran mereka semasa karya ni dicipta?
Di pameran The Immersive Journey: Art & Symphony, korang berpeluang untuk berbicara dengan 4 pencipta karya agung ini menerusi teknologi realiti maya FrameMotion Studio.
Bila dah mendalami pasti korang dapat memahami karya-karya klasik ini dengan lebih lagi.
Jadi pastikan korang curi waktu dan tak terlepas untuk berkunjung ke pameran The Immersive Journey: Art & Symphony ini tau.
Eh, bukan tu je tau. FrameMotion Studio turut menyediakan sebuah kafe unik dengan pelbagai menu menarik tau! Dah takyah penat-penat cafe hunting, datang pameran pun ada cafe, amacam nice tak?
Nikmati Karya Klasik Yang Dipersembahkan Oleh The Immersive Journey: Art & Symphony
Ha, macam mana? Menarik kan pameran yang akan diadakan kali ni. Boleh juga la berangan nak jadi Beethoven sambil menikmati karya seni klasik ni. Alang-alang tu boleh la SNAP & POST di media sosial.