Connect with us

Oh! Media

Smartphone Hang? Apa Tu?! Memperkenalkan vivo Y35 Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Double Storage

vivo Y35

Branded

Smartphone Hang? Apa Tu?! Memperkenalkan vivo Y35 Telefon Pintar Mampu Milik Dengan Double Storage

vivo terus mengukuhkan pengaruh sebagai jenama telefon pintar yang menawarkan fungsi dan ciri terbaik untuk peranti kelas pertengahan atau mampu milik.

Terbaru, vivo memperkenalkan model terbaru Y35 series yang mempertaruhkan ruang kapasiti yang lebih besar dan paling best mestilah 8GB+8GB Extended RAM. Lepas ni confirm telefon tak senang lag!

Nak tau apa yang lagi menarik dengan model vivo ni? Check it out!

Prestasi Dipertingkat dengan Kapasiti Lebih Besar (8GB+8GB Extended RAM)

Telefon lag dan tatalan antara muka yang perlahan boleh mengganggu kepuasan menggunakan sesebuah telefon pintar. Memahami permasalahan yang sering dihadapi pengguna, vivo Y35 hadir dengan extended RAM daripada 2.0 kepada 3.0 (8GB + 8GB Extended RAM) bagi memberikan pengguna penggunaan telefon pintar yang lebih lancar.

Lepas ni lebih banyak aplikasi boleh dimuat turun tanpa perlu risau memori telefon menjadi ‘berat’ dan lambat. Nak switch daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain pun lagi mudah.

Menarik tentang Extended RAM 3.0 ni juga, penggunaan memori yang lebih cekap membantu mengurangkan penggunaan kuasa seterusnya menjimatkan lagi bateri telefon dan dibantu pula dengan sistem pemprosesan Snapdragon 680 dengan prestasi CPU yang lebih baik bagi membantu mengendalikan aplikasi besar dengan mudah dan lancar.

Bukan itu saja. Y35 juga mempunyai kapasiti simpanan yang besar iaitu 256GB, kalau korang rasa tak cukup juga, korang boleh tambah kad memori dan Y35 boleh menyokong sehingga 1TB tau!

Lepas ni lebih banyak gambar, video serta dokumen boleh disimpan. Best tu!

FlashCharge 44W, Tak Perlu Tunggu Sejam Nak Penuhkan Bateri!

Berbanding model sebelum ini, FlashCharge 44W vivo bagi Y35 series adalah lebih pantas dan cekap berbanding FlashCharge 18W.

Bayangkan dalam masa 15 minit bateri telefon korang dah boleh dapatkan ‘power’ yang diperlukan dan dalam masa 34 minit, bateri dapat dicas sehingga 70%. Laju tu.

Kalau korang nak tau, pengecasan pantas 15 minit tu dapat berikan telefon pintar korang ‘kuasa’ untuk memainkan video selama 414 minit atau 9 pusingan games tau. Kini bateri bukan lagi masalah untuk telefon pintar kalau korang memiliki Y35 ni!

Bukan pengecasan je lebih pantas, Y35 series turut mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh. Menggunakan teknologi  AI, hanya dengan satu caj penuh, bateri dapat bertahan sehingga 2 hari atau 14.3 jam menstrim filem HD secara online. Pergh!!!

Tiada Lagi Silau Menggunakan Telefon Pintar Luar Rumah Dengan Sunlight Mode

vivo Y35 series mempunyai paparan FHD+ pada skrin 6.58 inci yang mempunyai resolusi 2408×1080 piksel dan gamut warna P3. Ia memberikan pandangan yang luas dan mengasyikkan untuk menonton video atau bermain games. Paparannya juga menapis cahaya biru yang berbahaya dan dapat mengelakkan mata daripada cepat penat dan kering.

Kadar segar semulanya yang tinggi sehingga 90Hz, memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menikmati visual yang lebih lancar dan tindak balas skrin yang lebih laju.

Satu lagi yang menarik ialah kecerahan skrin dapat mencapai hingga 550 nits dalam Sunlight Mode, ini membantu skrin telefon pintar kekal jelas dan selesa untuk dilihat walaupun korang berada di luar rumah.

Rekaan yang lebih trendy dengan IPX4 & IP5X

Selain spesifikasi, satu lain perkara yang dilihat pada telefon pintar adalah rekaannya. Bagi vivo Y35 ia hadir dengan rekaan yang lebih trendy dan warna yang bergaya.

Kerangka Y35 yang minimalis dan bergaya membuatkannya selesa untuk dipegang. Ia mempunyai n bingkai rata dengan kelengkungan 2.5D dan bucu bulat yang simetri pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang. Di bahagian belakang pula ada dua kamera besar yang menambahkan lagi auranya.

Bukan itu saja, permukaan telefon pintar ini juga anti-silau (AG), tahan calar dan tak meninggalkan kesan cap jari. Y35 ditawarkan dengan 2 warna iaitu Agate Black dan Dawn Gold yang memukau.

Satu lagi yang korang boleh tarik nafas lega ialah, Y35 turut mempunyai ciri kalis air IPX4 dan kalis habuk IP5X, jadi korang tak perlu panik kalau telepon terpercik air atau habuk.

Abadikan lebih banyak kenangan dengan vivo Y35

Kamera vivo tidak perlu dipertikaikan lagi kerana jenama ini terkenal dengan fungsi kameranya. Y35 series didatangkan dengan kamera utama yang super besar 50MP bagi menjadikan pengalaman fotografi yang lebih pintar.

Ia menggunakan sensor besar yang mengumpulkan cahaya seperti kamera profesional bagi menghasilkan gambar berdefinisi tinggi 50MP.

Selain tu, Y35 juga mampu merakam gambar bokeh yang indah, selfie yang jelas dan paling menarik Super Night Mode dapat merakam keindahan malam yang hanya mampu dilihat mata kasar. 

Sistem kamera belakang Y35 disokong oleh Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan algoritma penstabilan yang menyampaikan video yang mantap dan jelas, Kalau korang nak joging atau bawa basikal sambil merakam video pun tak menjadi masalah.

Miliki vivo Y35 hari ini dan nikmati free gift bernilai RM298*

Cun kan spesifikasi vivo Y35 ni? Untuk korang yang nak miliki Y35 ni, ia dijual pada harga RM1,099 sahaja. Dengan ciri yang yang terbaik ia semestinya satu pelaburan yang berbaloi!

Kalau beli sekarang korang akan dapat  beg messenger vivo sports dan waranti lanjutan 1 tahun (bernilai RM298).

Dengan harga mampu milik, vivo Y35 boleh dibeli di di e-store rasmi vivo Malaysia serta stor flagship rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas